Ok,now sendra back in track..entry ni utk orang yg berminat mengetahui kesilapan lazim dalam menulis blog berdasarkan pandangan aku.Sebelum aku start,aku yakin semua org yg tulis blog adalah atas kehendak diri dia sendiri.Sebab apa org sibuk tulis blog?mestilah sebab dia mahu org tahu dan membaca apa yg hendak diluahkan dan dikongsi kan?Tapi kalau takde orang nk baca apa guna kan??Ok,dengan berbekalkan iltizam dan semangat ingin mengkaji perihal kenapa kadang2 takde orang nk baca entry kita,aku dah buat beberapa eksperimen.

Meh aku bgtw report dari kajian aku selama seminggu setelah membuat beberapa banyak blogwalking termampu dan eksperimen terhadap blog sendiri dengan meng”repost” entry2 terdahulu..Bukan aku sengaja eh buat re”post entry yg murahan aku kira dari blog aku sendiri(seolah2 menggadaikan blog aku sendiri tw repost benda2 craps tu semua).Aku yakin,kepada blogger yang rajin buat blogwalking,sebenarnya dorang dah lama mention perkara2 ni.benda remeh,tapi mungkin tak semua orang perasan.

Ok,entry kali ni aku akan buat mengikut penyelesaian permasalahan entry2 sebelum ini yang aku perasan dan sedar.here we go aku punya report:

  1. Tajuk entry yang sumpah tak menarik.Ok,selalu kalau kita bukak dashboard,apa yang kita tengok?mestilah kita nk tgok2 kan entry baru blog kawan2 yg kita follow.then benda yg kita tgok apa?tajuk kan??haa,tajuk entry main peranan penting tw utk menarik minat pembaca nk usha blog kita.bayangkan lah eh cth terkini,baru2 ni Aizat juara AJL..aku rasa kalau kau tulis tajuk mcm “Aizat juara menang 2 anugerah AJL”..haha..baca camtu je pun dah bosan rasanya.tapi cuba kau tulis “Aizat AF5  buka baju”..hhahaa..nampak beza sikit kot
  2. Pendahuluan merapu:hah,rimas seyh orang punya blog pendahuluan bukan main panjang lagi dia nk cerita perihal dia punya perjalanan nk tulis entry.cth:aku tulis entry ni pagi2 pukul 3AM,sejuk gila pagi ni,aku tak boleh tido,jadi aku buat entry bla3..”cukup 2 perenggan masih nk cerita perihal dia punya perjalanan tulis entry tu.Kalau kat dashboard tu,dah lah tajuk tak meletup,awal pendahuluan pun mcm takde kena mengena dengan tajuk,kirim salam lah org nk baca blog kau.
  3. Isi takde kena mengena dengan tajuk.Ni lagi lahh,klu kadang2 tu,aku tabahkn juga nk baca entry org,sebab dh takde entry baru nk baca.sekali bila baca,ntah apa2 je cerita dia merapu,takde kena mengena dgn tajuk.adoii..wajiblah pasni malas dah nk baca entry kau.haha
  4. Entry pasal hidup kau yang takde pengajaran ataupun makna pada org lain(yg sumpah takde org nk tw).hoho..ni lagi satu hal.memang betul kau tulis blog tu,blog tu kau punya.kalau kau tulis tu memang nk buat blog tu kau punya diary,sukahati lah.kadang2 menarik juga baca hal hidup org.tapi kadang2 klu yg tulis kosong2,cuma nk cakap kau dah kurus,rambut kau dah panjang,kau gaduh dgn awek..adoii..Tapi berbeza kadang2 bila org bercerita pasal hidup dia,tapi ada makna ataupun pengajaran dari hidup kau.contoh kau cerita kau pergi shopping beli baju ni,then kau cerita kuality baju tu teruk ke apa,pastu kau ckp dgn org jgn beli baju tu..hahh.tu ok kott.takpun kau cerita pengalaman kau yg org lain mungkin teringin nk ada pengalaman tu ke,cth kau jalan2 pergi jepun ke apa.best juga tu.takpun pengajaran yg kau dapat dari pengalan hidup,pastu nk kongsi kat semua.its fine.Takpun ia sangat lawak.itu best.
  5. Entry kau mencarut@mengamuk tak tentu pasal.Kadang,memang orang tulis blog utk luahkan perasaan dia,tak dapat nk marah orang,tapi kau luahkan kat blog kau.tu hak kau,tapi klu dah dari awal entry sampai abes kau nk mencarut serta menggunakan kata2 kesat,orang yg tak pandai mencarut pun tiba2 terlucah2 sebab baca entry kau.benci doh ngan entry kau dgn blog kau.
  6. Entry yang kau sorang faham.ni pun lebih kurang sama dengan yg kat atas,tapi kalau atas,org faham kau tu marah ke apa..tapi entry jenis ni yang ntah apa kau cerita isi hati kau sorang,dari awal sampai habis tak faham apa kau merapu.pasni memang tak ingin lah orang singgah lagi weyh.
  7. Entry kau lain dengan personality sebenar kau.Ni dituju khas klu pembaca tu kenal diri kau dan tahu kewujudan blog kau.kadang2 ada jenis orang ni aku perasan,dalam blog cerita bukan main meletup pop pop pop lagi..tapi kat depan..eh eh..betul ke kau owner blog tu?its better kalau kau tulis blog kau tu,biar dgn cara kau sendiri.kadang2 tak suka juga org yg kat dalam blog bukan main suci lagi lah kau,tapi sebenarnya,kat luar?haihh.biarlah blog kau tu mencerminkan personality kau sendiri.
  8. Perihal gambar.sedar tak sedar,sebenarnya gambar main peranan penting tw.dah jadi lumrah manusia,orang akan klik utk baca entry kau,klu gambar yg ditunjukkan tu menarik,ataupun menimbulkan tanda tanya pada membaca,ataupun ia jelas menceritakan pasal entry kau tu.Tapi,klu gambar yg kau letak tu ntah apa2..faham2 sendirilah..huraian lebih kurang sama dgn atas.Tapi kadang,takde gambar pun jadi hal juga..buka2 blog kau dah tengok text sepenuhnya..aiyaa.
  9. Blog lambat loading aka berat.hahh,ni fakta..kau akan kehilangan hampir 1/3 pembaca bila blog kau lambat loading..memang susah nk cari org yg penyabar nk tunggu loading lama2 melainkan kau ada pembaca setia yg sanggup tunggu blog tua lembab kau tu nk loading,tapi klu yg jenis tak sabar?babai ah blog kau.
  10. Lagu latar.Oihh,tak payahlahh letak lagu2 latar tu..sakit kepala je kadang2..paling padah,kalau buat org terkejut bila buka blog kau.bayangkan tengah sunyi2 malam2 layan perasaan sorang2,buat blogwalking,time masuk blog kau,tiba2 ada lagu tanpa bg signal apa main terjah.pulak tu kalau tgh pasang high volume.taknak mute,terus pangkah lah blog kau tu.tsk..
  11. Pop out message yang sumpah menyemak.kan kadang2 orang letak blog dia ada letak pop out mssge mcm ucap selamat datang kat blog dia..kalau satu,aku sabar lagi.tapi kalau dah nk dekat 4 5 pulak message keluar,ok babai utk kau punya blog.
  12. Content warning palsu.aku pernah cakap dulu rasanya perihal content warning ni..tapi ntah,masing2 ada sebab sendiri kenapa letak menda tu kan.cth nk privacy ke apa.tapi sedar tak kadang2 benda tu mcm susahkan org je tw nk masuk blog kau.bayangkan klu org yg ada kelajuan internet umpama siput,pastu nk tunggu loading dari dashboard,ada content warning.pastu dah klik ok,pastu tunggu pula nk loading blog kau..haihh..penat tw..pastu masuk blog kau,takde langsung pun adult content..hampa pffft..
  13. Word verification tu tak payahlah..aku rasa semua orang pun mengharapkan komen sebagai feedback dari orang kan?aku nk cakap baik tak payahlahh letak word verification tu..benda tu menyemak je.memang dia nk elak spam,tapi benda tu lecehlah.seolah2 mcm pengkomen tu buta huruf je.niat baik nk komen blog kau dah jadi malas dahh..
perghh,aku tulis entry ni seolah2 aku ni blogger ternama mahupun blogger otai yg dah established nama katr dalam dunia blogger je..takk..aku takde niat pun nk cakap camtu..kan aku dah mention awal2,aku buat entry ni berdasarkan kajian dan eksperimen ke atas blog aku..setelah buat kajian tu..inilah outcome yg aku dapt dan yakin kekilafan terhadap entry2 aku sebelum ni..time aku noob lagi dalam tulis2 blog ni.aku sumpah weyh minta maaf kalau ada yg terasa..taknak gaduh2 ehh..(aku mcm tulis sama je silap.)..owh,ada certain point di atas telah di mention kan oleh misya gadis terbilang.credit utk si tudung anggun ni..heheh
hahahaha..cuba usha blog misya gadis tebilang tu,last entry dia dia letak gambar peace..aku pun nk letak juga..tapi biar aku letak gmbar peace aku yg geli ni..ahahahaahahahahh..bukan aku kisah org nk ckp apa pun..hehh.p/s:gambar tu aku nganjeng orang sebenarnya ehh..hhaha,,aku tak macam tu pun sebenarnya.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

lepak kampung rumah atok.
atok dulu kerja gomen.
saya budak baru blaja tulis blog,
kalau salah atau setuju harap comment.

*haha,apa2 ntahh.The end.