Shahadan ini,aku makin malas nak buka dashboard sendiri.Arakian ini,aku makin malas nak buat blogwalking.Dewasa ini, aku makin malas nak tulis entry.Dalam hal ini,aku macam nak delete je blog Kueh Tart ni.Dalam hal yang demikian,haruskah aku meneruskan niat aku?atau perlu ke aku teruskan juga blogging ni apa semua?
Malam mula merangkak tiba.Dalam hal ini, aku memfasiqkan setiap pujian dan mungkin sokongan dari kawan blogger semua yang menyatakan blog aku bagus walakin kadangkala aku rasa seolah-olah mereka ikhlas menyatakan semua tu.Persoalannya,begitu tegar aku menggunakan bahasa2 bombastik didalam entry ini setegar niat aku mahu mendelete sahaja blog Kueh Tart ni.

Melayan jiwa yang kosong tiada gunanya..cuma aku rasa dukacita sikitlah..marcapada,aku rasa entry jenis membawa kepada tinta pemikiran realistik semakin dipinggirkan.setiap kali aku buat entry yang agak berfikir,traffik tetap maintain,still around 100~200 je per day,but still maintain sepanjang masa.tapi kenapa semua bertukar menjadi silent reader?buhsan.penantian suatu penyiksaan..penat tunggu org comment tw..haihh..

Ok,penat lah membebel..aku terasa nak cerita jugalah pasal hidup aku sikit,supaya aku tabah tulis entry ni apa semua.aku nak cakap pasal pembelajaran aku dalam architecture sem 1 ni.okeyh,memang penat tw belajar dari bawah semula..tapi takpe,aku akan keep trying..haritu kena buat sketch..lukis satu perspektif,lukis barang kita bla2.ada lagi sebenarnya,tapi aku masukkan 2 jelah yg the best..
ni aku lukis je lah gambar kasut ni..tak cantik..buruk..aku lukis aku tw lah ianya buruk.takpe,aku akan cuba perbaiki sketches aku.
yang ni ntah perspektif mana2 ntah aku amek..aku suka tangga spiral,so aku lukis tangga spiral..ni pun tak cantik,pastu tangga spiral tu takde kemana pun,terus ceiling je..owh..aku tak boleh nak buat garisan lurus free hand..
Owh,cakap pasal freehand,aku teringat masa kat UiTM perak dulu,ada lecturer aku ni,nama dia cik Hanim..dia lah org yang dapat detect sebab kenapa aku susah nak buat straight line dgn freehand..masa kelas dulu,time aku punya line semua mcm haram,dia tanya,”awak pernah accident kat tangan ke?”then aku tunjuklah  aku punya parut kat bawah siku tu..then sambil senyum dia jawab,”owh patutlah..takpe,teruskan cuba ehh..”sampai sekarang aku cuba juga..hurmm.doakan kejayaan aku.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*tolong bagi aku semangat utk keep blogging weyh..aku macam nk give up je dah..