Sebelum ni,aku takde lah rasa apa2 sangat pasal cerita adik Ammar ni,aku just rasa kesian2 camtu je lah,tapi setelah aku baca sendiri luahan hati ibu dia,aku rasa macam simpathy sangat.tersentuh hati aku.Baca sini.blog ibu adik Ammar.Sampai bila aku nak tahan kan je bila tengok kat mana2 sekarang semua bercerita tentang adik Ammar yang berusia 2 tahun dan menghidapi penyakit Patent Ductus Arteriousus (PDA) sejak kecil lagi..
Kalaulah aku seorang yang kaya,insyaallah aku akan cuba yang terbaik untuk bantu mereka..memang betul,duit tidak boleh membeli nyawa,tapi sekurang2nya kita ikhtiar kan?.Kos pembedahan tu sendiri dah RM12,000,mana nak dapat duit banyak camtu bang?lagi ,ikut cerita mak adik Ammar ni sendiri,dia sendiri tak mampu nak ada duit sebanyak tu.Duit simpanannya pun tak sebanyak tu.
Tapi,terima kasih pada Nuffnang,aku tak sangka Nuffnang ni ada juga ikhtiar untuk tolong adik Ammar ni..seolah2 memberi jalan kepada semua untuk tetap membantu adik Ammar ni memberi peluang kepada dia untuk sembuh dan memberi semula senyumannya.Jadi,kita semua bloggers boleh membantu adik Ammar ni dengan 3 cara.
Cara pertama:

Aktifkan Charity Ads dalam blog manager kita selama tempoh iklan charity tu ah..Kita tidak akan dibayar untuk Ads tu,tapi sekurang2nya iklan tu dapat membantu kita menyebarkan kisah adik Ammar ni pada semua.cara2 nak aktifkan Charity Ads:

Lepas tu,pergi ke Ads preference ,tukar daripada Global Ads CPC kepada Charity Ads .. (kiranya,kita takdelah dapat pun earning dari klik tu,tapi takpelah,sekurang2nya,kita ada usaha untuk bantu adik Ammar kan?)
Lepas tu,blog kita akan jadi ah camni,dipenuhi wajah adik Ammar yang jelas menunjukkan dia masih tidak tahu apa2 lagi,wajah anak yang masih suci lagi dan memerlukan bantuan semua untuk sihat dan gembira seperti budak2 lain yang sebaya dengannya.
 
Aku tak rasa rugi langsung pun kalau aku tukar charity ads ni,walaupun aku tak dapat sebarang earning dari nuffnang sepanjang kempen charity ni,tapi aku lagi happy kalau at least,apa yang aku buat ni dapat earning dari Allah,insyaallah.(lagipun aku bukan jenis bloger u click me,i click u back)
Cara kedua:
kalau yang takde akaun Nuffnang,bolehlah tulis juga entry tentang adik Ammar ni..sekurang2nya,ramai yang tw dan bersimpati kat adik ni.kepada nuffnangers,tulis entry nak masuk contest apa,nak dapat tiket wayang free boleh,takkan tulis tentang adik Ammar tak boleh?senang je pun.
Cara ketiga:
Kepada yang mampu tu,bolehlah apa salahnya kan terus menderma kepada keluarga adik Ammar ni kepada ibu adik Ammar ni,berapa pun amount nya,insyaallah dapat juga tolong ringankan beban adik Ammar ni.
Azmaniza Mohamad Kamal 514093114912(Maybank)..
Semoga,sedikit usaha kita ni dapatlah bantu adik Ammar ni..nak tahu kenapa aku terus tersentuh bila baca apa luahan hati ibu kepada adik Ammar?sebab aku teringat kat emak aku.Aku teringat luahan hati mak aku tentang perasaan macamana sedihnya seorang ibu bila kehilangan seorang anak.

 
Gambar aku(kiri) dengan arwah adik aku,Ahmad Nabil Amzar,1tahun 9bulan(kanan)
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Pembedahan adik Ammar dijadualkan pada 22 February 2010,dan kempen ni akan berlangsung sehingga tengah malam 17 February 2010..tunggu apa lagi?