Sekarang,aku terfikir,semua orang sekarang boleh jadi blogger kan?Budak kecik pun boleh,asal tw guna internet, tw menaip, pandai bukak akaun apa2 blog based sosial community ,kau dah boleh jadi blogger.Tapi aku terfikir,bila seseorang tu ber blogging,apa yang dia nak sebenarnya eh?apa yang ada kat dalam kepala dia nak tulis2 blog apa semua ni?

Jadi,konon2,nak selesaikan masalah pening2 kepala aku ni,aku pun bukaklah wikipedia..aku taip je lah “blogger”..tup2..keluar lah info pasal blogger..masa tu baru aku tw,blog ni ada 3 kategori rupa2nya iaitu:

  1. Blog personal.Blog jenis ni memang topik2nya lebih kepada personal penulis tu sendiri lah..takde kena mengena dengan kerja ke apa2 ke..
  2. Blog profesional.blog ni cerita pasal profesion dan industri topik2nya,tapi takdelah official sangat utk suatu company.
  3. Blog koperat.blog ni memang official utk suatu kompani punya hal je.
Jadi jelas kat sini,ramai kawan ku semua yang ada blog,kita memang sah2 lah kan tergolong dalam blog personal..tapi kalau org yang tulis blog personal,tapi ada jadi macam advertorial produk2 tertentu,adakah dia tergolong dalam kalangan blog profesional?nampak gah pulak kan nama camtu?Tapi aku memang teringin nak ada advertorial apa2 produk pun kalau boleh.(nak juga dapat side income lebih)

Owh,cakap pasal side income lebih,selalu perasan tak kat shoutbox korang,kadang2 ada je ntah sapa2 je,datang2 ntah,tinggalkan jejak kononnya,tapi dia ada bagi link sekali.bila klik link tu,sekali rupanya bawa ke laman web ntah apa2 “dapat wang” lah apa semua tu..Aku memang panas lahh kat org2 yang camtu.dia macam gunakan blog aku nak buat dia dapat income tu..
Paling aku panas,siapa ada tipu2 tu..cakap dia dah update blog lah,pastu suruh singgahlah..aku niat punya lah baik nak baca apa cerita baru kau tulis,tapi kau kencing aku minahh..kau bagi aku link terus ke “dapat wang” kau tu whateva..aiyaaa..aku panas lah camtu..dah,pasni kalau ada je spammer2 nak duit sangat tu letak link benda tu ke shoutbox aku,memang aku jaja nama kau kat semua kawan2 blogger aku.
Mula2 dia hantar camni kat shoutbox aku..aku pun dengan rasa murah hati,kalau org dah pelawa takkan nak jual mahal kan,apa salahnya support sesama blogger..pastu,aku pun klik link yang dia bagi kat aku dengan niat yang baik.pastu,bila aku klik..
Keluarlah benda ni..apa ni?mana blog kau yang baru kau update tu?mana blog yang kau jemput aku tengok tu?mana weyh?apa ni?nak cari duit,tapi tipu2 org..haihh..kau pergi jauh2lah dari blog aku ehh..aku kurang selesalah..maaf ehh..
Apa yang jadi macam contoh kes kat atas tu,jelaslah kan ada org yang gunakan blog ni.macam betul2 untuk dia cari income.aku pun berhasrat nak jadikan blog aku ni betul2 side income aku.Aku betul2 nak weyh..Aku nak dapat advertorial ke apa semua..ada tips tak?wahai blogger2 diluar sana??sendra bertanya ni..
Ada juga jenis blogger yang sangat mengejar populariti ke apa ntah..tulis entry apa2 je,tapi rajin hebah ke blog sana sini,blog walking katanya,tapi tinggalkan jejak suruh org follow dia.Aku kadang2 jeles juga tengok blog org,entry dia kadang2 aku rasa “apa je lah yang kau nak sampaikan sebenarnya ni?”..”merepeknya entry pasal personal life kau”..” tapi tengok follower,mak aih..nak dekat seribu juga..dengan perasaan ingin tahu,aku blogwalking balik blog follower2 baru kau..
Sekali nampak daa kau punya msg kat situ,lebih kurang maknanya “i follow u,follow me back”..hurmm..patutlah follower nak dekat seribu,tapi komen kau apesal macam tak pernah lepas 10?aiyaa..tu pun dah campur kau punya comment mesra readers kononnya.hey..come on ahh,aku terasa macam kau rugi tw kalau buat macam tu..sebab apa?
Sebab kau takkan tahu tahap penulisan kau berada kat tahap mana..Aku tak cakap penulisan aku ni bagus ke apa.Aku sedar selalu entry aku emosional juga tak tentu pasal,pastu kadang2 merepek sorang2 takde org nak layan.tapi,sekurang2nya,aku boleh bangga org follow blog aku sebab dorang memang nak follow..Itu akan buat aku lebih hargai dorang,then dari situlah dapat kawan blogger baru..Aku sangat hargai mereka.
Owh,aku juga sangat berterima kasih kepada mereka2 yang sudi klik nuffnang aku..aku kadang2 tak tw lah siapa yang klik kadang2 sebab korang ada yang tak tinggalkan jejak ke apa..tapi,apa yang aku buat utk balas jasa org secara rambang?aku akan pergi melawat ke blog org yang komen entry aku,dan sebagai tanda menghargai mereka,aku akan klik nuff mereka.Kalau sehari tu nuffnang dia tidur,aku tetap akan datang juga malamnya ke,esoknya ke,aku akan klik juga disamping komen balik entry mereka yang menarik.
Owh,aku punya rating nuffnang terkini dah naik sikit..large rectangle dengan leaderboard dua2 dah straight 5 bintang.tapi apesallah sky crapper aku masih jula juli bintang tiga ehh??ada sesiapa boleh bantu?
Aku juga ada war2kan kan,aku nak beli domain kalau follower cukup 400..insyaallah kalau dapat,aku nak terus pakai nama kuehtart lah..aku dah cop tu eh..jangan dengki..haha..harap org supportlah.aku nak beli domain ni,sebab aku nak lebih rajin ah blogging,sebab biasalah kan,kalau benda free ni,selalunya kita buat tak endah je..tapi kalau benda yang kena bayar ni,semangat sikit kan kita..hehe..
Aku juga akan minta tolong kawan aku,seorang yang tw sedikitlah pasal web design ni.insyallah,kalau aku dah beli domain,blog ni akan berwajah baru..tak nak dah suram je macam ni..owh,aku juga akan buat satu contest pertama dari kueh tart..ni pun tunggu aku dah ada domain sendiri..yang ni hadiah lumayan juga tw,aku dah save duit aku siap2..RM300 beb..haha..semangat kan aku?
Owh,berbalik pada tajuk asal entry ni,aku teringain nak tanya kepada semua,kepada yang dah baca dan mengikuti lah blog aku dari awal2 dulu,boleh tak bagitahu,aku ni blogger jenis apa eh??aku nak tw jujur dari hati korang.aku tak kisah korang nak cakap pasal personaliti aku ke,penulisan aku ke,cerita aku ke,topik aku ke,aku betul2 nak feedback org.sebab aku memang nak buat yang terbaik dalam ber blogging ni..please ehh!
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Aku minta maaf seribu kali maaf kalau ada apa2 yang aku tulis kat atas tu terkena kat sesiapa..kalau korang terasa apa yang aku cakap kat atas tu,mungkin aku memang cerita pasal korang.Aku bercakap atas pandangan aku dan pemerhatian aku.Tiada niat nak buruk2kan org ataupun nak gaduh2 ke apa tw.peace!
*Aku harap sangat entry ni banyak feedback.sebab aku betul2 nak tw aku ni jenis blogger yang macamna?apa silap aku dalam tulis blog ni apa semua,aku betul2 nak tw..tolong ehh..


Advertisements