Ingat tak aku ada cakap kalau follower cukup 400,aku nak beli domain lahh kan,aku nak beli domain nama kuehtart.com.
.
Akhirnya,semalam…lepas aku tunggu dengan sabar je..aku set bench mark,kalau follower aku cecah 400 org,aku nak beli domain aku sendiri,dan malam semalam,14 Februari,aku buka je dashboard blog aku,tengok2 follower dah 401..”alamak terlebih sudah”…Jadi,tanpa lengahkan masa,aku terus lahh transfer duit aku ke akaun Maybank NetKL dalam pukul 11:07PM.
Malam semalam jugalah aku terus setting kat blogger apa semua..tukar jadi domain apa semua..semalam jugalah aku baru tw tentang DNS(domain name system)..semalam aku siap setting semua sekali berapa minit je lagi nak pukul 12AM.jadi,aku declare,birthday domain aku ialah 14Februari2010..sebab aku beli utk setahun je,tahun depan cepat2lah kena bayar balik.
Macam kebetulan pulak,terkena hari valentine yang tak guna tu..so,lepas ni,dari korang semua sibuk dok ingat hari valentine tu,baik korang ingat tarikh aku kena bayar domain ni tahun depan..hahah..RM30 je..beb,wa cakap lu,NetKL punya servis memang baik lahh..aku semalam tu dah lah 1st time setting domain,nak tanya abang2 blogger otai semua dah tido pulak..(nak je aku kol kau bean)
Haihh,susah org2 dah kawin ni..last2 aku kol siapa nk tw?aku kol org NetKL tu terus..sebab kat web dia,memang dia ada bagi no utk dihubungi,24 jam lagi katanya..aku kol je lahh..dia ajar aku step by step beb..apa2 aku cakap servis NetKL memang baiklahh..Melz,betul weyh,kau memang kena tukar NetKL juga..hahahha..
Kadang2 aku fikir,kenapa aku nak sangat beli domain?ada je org yang dah lama blogging,follower dah beribu2,buat tak tw je pun pasal nak beli domain?apesal weyh?okey,ni reason aku:

  1. Aku nak serius lah sikit dalam berblogging ni.biasa orang,kalau benda free,macam dia rasa tak rugi apa pun kalau dia tak serius..”aku tulis blog ni pun suka2 je lahh”..hehh,tu kau..aku lain.
  2. Aku sekarang dah belajar buat target…setiap benda kita buat mesti nak ada target..Ni apa abah aku ajar..sekarang assignment drawing aku buat semua aku letak target.macam blog ni,ni lah target pertama aku,cukup 400,aku nak beli domain.cukup 420,layout baru aku mesti dah siap..cukup 450 org,aku nak buat contest..cukup 600 follower,aku tutup penyertaan contest.haa..and so on..camtu ah target aku.
  3. Aku nak pasni orang kenal lah blog kuehtart aku..tak kenal aku takpe,yang penting kenal blog aku ni.hope sangat lah,bila ada domain,effect kat SEO sekali..pasni kalau nak google blog aku,bolehlah tulis kuehtart.com je..hhehe
  4. Aku selalu kalau perkenalkan diri ke apa,aku mesti akan cakap juga pasal aku ada blog(haha,padahal org lain pun ada blog,tak kecoh pun?)alahh..tu masing2 ah,aku sayang blog aku,aku bangga dengan blog aku,so aku akan cakap pasal blog aku bila2 je ah,seiring aku kenalkan diri aku.apa,blog melambangkan peribadi blogger tu juga tw..so pasni,tak payah nak nak dotbelogsepot2 lagi..pasni dotkom je dahh..hehe..
  5. Semua org pakai domain,saya bila lagi?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Thanks kepada semua yang support aku cukupkan 400 follower..ikut hati,kalau aku tak dapat tahan,nak je pergi kat blog ramai2 org,pastu tulis “i follow u,follow me back”hahahha..
*Thanks kepada yang terus menyokong blog kuehtart,pasni nak buat tribute pasal koranglah..aku akan buat berdasarkan ranking top komentar.
*Aku aka buat contest dalam masa terdekat,harap org support tw..
*aku sedar,kalau kau berblogging,kalau org tak support,tak kemananya pun kau..
*thanks semua,kepada starrocker,kau dah jadi comrad aku..aku takkan lepaskan kau!haha.
*kawan2,pakai domain ah jom,MYR 29.95sen je setahun beb..tapi dengan NetKL lah..terbaik.