Semua orang yang tulis blog,ada ke dia nak orang jangan baca blog dia?Semua nak kan org datang blog dia,baca entry dia..paling penting,aku yakin semua orang pun nak orang komen entry dia kan?Siapa yang tulis blog tapi tak suka orang komen entry dia?ada ke?pelik je camtu..
Definisi silent reader yang aku faham ialah,pembaca yang datang ke blog kau,mereka membaca apa yang kau tulis,mereka faham apa yang kau tulis,tapi mereka tidak meninggalkan sebarang pendapat atau komen mereka terhadap apa yag kau cakapkan dalam satu2 entry.
Tapi,kenapa kadang2,kalau kita dah tulis satu entry tu,rasa dah paling mantaplah apa yang kita cerita tu,tapi takde orang pun nak komen?kenapa jadi macam tu?apa silap?lepas tu,bila takde org nak komen,mulalah kau nak tacing lah,stress lah malas apa semua nak tulis entry kat blog sendiri..(macam cakap depan cermin..)
Jadi,semalam,genap setahun Kueh Tart aku ni,walaupun masih lagi tak naik2 macam blogger lain,still beginner,tapi baru2 je semangat sangat nak explore dalam hal blogger ni,aku dapat buat satu kesimpulan peribadi aku kenapa visitors bertukar menjadi silent readers.Ni berdasarkan pendapat aku tw,salah bagitahu.Aku akan listkan dalam bentuk persoalan juga..korang jawab sendiri tw.

  1. Kadang2,ramai blogger ni,dia menulis kat blog nak menunjukkan mood dia dan apa yang dia nak luahkan,semua ikut dia punya mood.Kalaulah sebelum2 ni,entry kau semua macam happy go lucky,tiba2 kau berubah kepada melancholy,readers akan agak terkedu atau tersentap kadang2.kau boleh nampak dekat statistic,visitors maintain macam biasa,tapi kenapa tiada sebarang komen kau dapat?
  2. Jadi blogger,kita kena tahu dan sedar siapa kita ni?kalau kita bukan artis,kita bukan selebriti,kita bukan seorang yang popular ke,janganlah selalu syok sendiri nak cerita pasal life peribadi kau..maksud aku peribadi tu,tak perlu kau nak cerita apa kau buat segala yang macam lah ada org stalk kau 24/7..Aku tw point ni mesti akan ada yang cakap,”blog aku,suka hati aku lah nak cerita apa”..tapi kau kena ingat,yang bacanya siapa?
  3. Kau tak mesra readers.Aku sedar kepentingan mesra readers ni sejak aku rajin buat blogwalking lah..aku suka blogwalking dan komen entry2 yang menarik..kadang2 aku datang balik blog tu,nampak owner tu komen balik apa yang aku cakap tu,terasa dihargai kan?aku sendiri tergerak nak komen lagi entry dia akan datang..tapi kalau sesetengah tu,aku komen punya lah panjang berjela,haram dia tak jawab,padahal dah approve komen aku dgn komentar lain..humph..lepas ni aku nak komen entry kau lagi ke?
  4. Kadang2,kita bila tulis entry ni,mulut tak bertapis,bila kita cakap tentang sesuatu,kita tak fikir apa hati pembaca rasa apa semua..cakap main lepas je..kau terasa kau hebat kat blog kau,follower kau dah nak ribu2,kau rasa hebat,apa kau tak puas hati kau pangkah tanpa fikir apa org rasa.Kau ingat orang akan bela dan sokong setiap apa yang kau tak puas hati?
  5. Cerita yang terlalu mendalam dan terlalu kompleks..bila kau berani mempersoalkan perkara yang terlalu kompleks,contoh soal politik,persoalan isu semasa sensitif,kau kena bersedia dah untuk mendapat silent reader..adakah semua orang berani nak luahkan pendapat mereka?
Apa yang aku simpulkan dia atas adalah berdasarkan apa yang aku dapat baca dari macam2 jenis blogger kat GB,tu pun tak semua lagilah..kiranya skop kesimpulan aku ni kecil je lahh..aku minta maaf kalau ada tersilap,tu cuma pendapatasi aku je.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*makin pening juga aku nak tunggu aku punya layout ni..nampak terserlah tu bosannya page aku hitam dan under construction ni..hehh.