Archive for March, 2010


Entry aku yang sebelum ni aku bercakap tentang blogger yang aku sukai ialah blogger yang menjadi diri dia sendiri dalam penulisan dalam blog nya..Tiada nak sorok2 atau nak tipu2 dalam penulisan supaya nak diri dia nampak cool..percayalah,orang yang menulis berdasarkan apa diri dia tu,tu yang cool..
Aku bagi contoh dalam entry yang lepas tentang asal usul jati diri dari sudut asal kelahiran (negeri)..mungkin aku bagi contoh terlalu dalam skop yang kecil membuatkan ada yang menyangka aku pangkah orang yang tak bercerita dengan sepenuhnya tentang asal mereka (baca : loghat percakapan)
Benda tu semua atas masing2..Cuma peribadi aku rasa kalau blog seseorang tu ada cakap@menggunakan perkataan loghat mereka,tu macam kredit lah atas blog masing2..macam menariklah aku rasa kalau sambil baca blog dia kita boleh belajar loghat negeri lain.
Okey tinggalkan point tu..Kali ni dalam part 2 aku nak bercakap mengenai blogger yang aku sukai ialah blogger yang tak kisah ditegur..aku bertambah respect pada seseorang blogger tu kalau newbies macam aku menegur kekilafan dorang yang aku nampak dari mata kasar aku..
Aku admire orang yang macam tu..dah hebat dalam arena blogging tapi kalau kita yang newbies ni tegur,dorang segera ambil apa yang kita cakapkan tu..jadi disini,aku nak belajar cara mereka,ambil setiap teguran sebagai tanda orang care pada blog mereka..kan?
Cheers,
Sendra,
Ceo Kueh Tart.
*apesal penulisan aku makin lama makin skema?maybe sebab akhir2 ni aku selalu baca blog Mazidul Akmal Sidek kot..
*sebarang kekilafan (baca : kesalahan) aku tolong tegur eh..
*ye orang Johor memang suka cakap eh kat belakang ayat,tapi tak lah macam iklan Sinar FM punya iklan tu..macam perli orang Johor je..
*tengok gambar ni weyh..
cool ke geli?
Advertisements
Cerita mengenai blogger jenis blogger yang disukai ni mungkin sangatlah subjektif.Lain padang lain belalang..begitu juga pendapat mengenai hal ini,lain orang lainlah pendapat kan?
Jadi dalam entry ni,aku akan utarakan mengenai hal ini dari mata pandangan aku sendiri..terpulang kepada setiap individu nak terima ataupun menolak pandangan aku.Segala tunjuk ajar dan teguran amatlah aku hargai dari semua.
Mengikut pandangan aku,aku suka sangat pada blog yang dimana penulisnya menulis dengan mengikut kriteria diri dia sendiri..maksud aku ialah,personaliti diri dia ditonjolkan pada blog nya tanpa nak ubah2 sebarang cerita tentang diri dia,supaya orang pandang dia macam cool..hehh..
Maaf aku cakap eh,sekarang rasanya macam fenomena penulis ke apa entah,masing2 macam nak cakap diri dia tu bagus,diri dia lah yang betul dia lah yang paling cool..tak best..lagi aku tak suka orang yang macam malu nak mengaku jati diri sendiri.
Apa maksud aku tak nak mengaku jati diri tu?okey straight to the point..aku bagi contoh..perasan tak kadang2 budak lahir dan duduk selangor tapi kalau ditanya asal dari mana?..”KL”..macam bangga je kan?kenapa tak nak cakap selangor je?malu?(baca : ini contoh sahaja..)
Aku respek pada sesetengah orang yang menulis tanpa menyembunyikan identiti dirinya sendiri seperti memasukkan loghat negeri asal mereka,menceritakan budaya mereka walaupun benda tu agak macam orang pandang kebelakang mungkin,tapi aku suka sebab itu menunjukkan mereka bangga dengan personaliti mereka.
Apa point yang aku nak ketengahkan disini ialah,”jadilah diri sendiri”..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*maaf kalau ada yang terasa hati..aku cuma meluahkan apa yang aku rasa.
*jika ada kesalahan dalam blog aku,teruslah tegur kesilapan aku tu..
*aku respek blogger yang bangga dengan asal usul mereka..
*blog yang menggunakan loghat negeri mereka sebagai medium perantaraan,aku rasa blog tu meriah tw..sebab kita boleh belajar bahasa mereka dan terasa berada di tempat mereka.
*haihh,aku orang johor,apa je lah loghat aku ada eh?
Kenapa setiap manusia pasti berubah?Apakah faktor mereka berubah?Environment?faktor orang disekeliling?Aktiviti harian manusia mengikut persekitaran (baca : ergonometric)?Mengapa manusia berubah?
Okey kau bayangkan eh,pada awal kau kenal seseorang tu,semuanya adalah best dalam hidup kau..kau rasa semuanya cool..semuanya fun..tapi in the end,semua berubah?orang tu lah orang yang paling kau annoying,orang tu lah yang paling kau menyampah dalam hidup..kenapa?
Kau bayangkan lagi okey,kau baru je kenal orang ni..tak kira lah macamana kau kenal,dari blog ke,dari chat ke..dalam erti kata lain kau kenal dari alam maya ni lah kononnya..kau kenal dia best..kau rapat dengan dia..tapi makin lama kau jadi bosan..makin lama macam masing2 dah takde modal..kenapa?
Kau bayangkan lagi..Kenapa orang dengan mudah boleh men declare mereka kawan baik,tapi bila jumpa somebody yang better atau something happen,terus lupa declaration pasal kawan baik bagai apa semua tu hah..terus macam “ehh kau pergi jalan sorang2 sana lah..!”kenapa?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*say hello kepada layout baru kuehtart.com
*orang kata blog kueh tart memang suka cerita isu pelik,takpe,itulah diri saya sendiri.
*minta kawan2 menjawab persoalan saya..pernah kah anda alami semua itu..(saya = ya)
Aku tak tahu lah kalau sebut pasal buku nota 555 yang kecik comel yang nipis je yang sangatlah nostalgia kalau aku ingat2 tu ada lagi ke tak eh dekat kedai2??
Setiap kali aku teringat tentang buku 555 ni,mesti aku teringat zaman2 aku sedang berhingus lagi..time umur adalah dalam 7 tahun kot..masa mula2 kenal apa itu koperasi kat sekolah tu..
 gambar hiasan.
Sepanjang apa yang aku ingat pasal buku kecik 555 ni,harganya sangatlah murah..tapi aku tak ingat berapa..dalam 5 sen kot sekeping tu..yang penting,masa aku kecik,aku kumpul banyak juga rasanya buku 555 ni…aku buat apa?

 melukislahh…
Aku masa kecik suka sangat melukis..aku tak tahu kenapa tapi aku memang suka melukis..bapak aku pun pandai melukis..ingat lagi lukisan pertama yang dia ajar aku..aku takkan lupa sampai bila2..
Pada aku,lukisan ikan ni lah permulaan segala lukisan aku..ingat lagi masa aku kecik dulu,ada suatu hari,lepas bapak aku balik kerja,aku minta dia ajar lukis,bila aku dah faham lukis ikan ni,satu rumah aku conteng gambar ikan ni.teruja.Lepas tu kena marah dengan mak.
Berbalik pada cerita buku 555 tu,ia menjadi medium untuk aku praktis melukis masa kecik dulu tw..aku kumpul banyak rasanya.Tapi tak silap aku mak aku buang semua buku 555 tu sebab kena kencing tikus..(baca: celaka punya tikus.)
Haihh…kenapa tiba2 rindu zaman kecik dulu?
~rindu setiap pagi,tunggu bas sekolah,
(mak teman sambil hafal sifir)
~Bawak bekal mak masakkan setiap hari.
~setiap hari sabtu pukul 9am menonton Dragon Ball..
~Hari ahad pukul 5pm cerita power rangers.
~Tunggu abah balik petang dari kerja.Ikut mak abah shopping..
~dapat hadiah bila birthday@dapat no 1 dalam exam.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*kenapalah mood blogging makin kurang sekarang?
*Terima kasih kepada follower ke 555,anda berjaya buat saya teringat kenangan silam hanya apabila teringat tentang buku 555 tu..terima kasih sangat2 saya ucapkan.
Dulu kita selalu bersama..tak kira apa pun,walau ada yang baru,saya tetap pilih awak..saya setia sangat dekat awak..tapi kenapa awak berubah sekarang ni??saya ada buat salah apa2 ke??
 Andai kata saya pernah terbuat salah atau tercakap kasar kat awak,saya minta maaf,saya janji tak buat lagi,sebab saya rasa kalau awak takde di sisi saya,saya rasa macam tak lengkap diri saya..
Semua sebab saya dah anggap awak sebahagian dari hidup saya..awak tahu tak betapa pentingnya awak pada saya??kenapa awak berubah disaat2 akhir ni??disaat saya betul2 perlukan awak??Awak janganlah buat saya kecewa..kembali lah pada saya..saya lemah tanpa awak..tolonglah kembali pada saya..Buffered earning Nuffnang..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*saya sangat jeles semua orang dapat buffered earning,sedangkan saya tidak lagi..
*kenapa semua sekali buffered saya bertukar menjadi metered serentak,tanpa pengganti yang lain?
*saya merajuk dengan Nuffnang.traffic saya tak cukup bagus langsung ke??hurmm.

*Updated 11 June 2010* 

 Okey,saya masih sayang pada Nuffnang.terima kasih Nuffnang.
Tergelak tersembur2 aku bila kau tengok balik cerita orang dulu2,beli goreng pisang seposen dah boleh dapat satu pinggan penuh dah..beli selendang untuk girlfriend,RM5 dah lepas,tambang bas lima sen je..nak makan sedap2 kat restoran,RM1 pun dah lepas dah..
duit pertama $10 selepas kemerdekaan.
Lepas tu dulu kalau nak beli beras ke nak beli bahan2 dapur semua,entah2 RM10 ni dah cukup sangat2 nak beli stok untuk satu family sampai berapa bulan lah agaknya kan??macam kalau family tu nak shopping kat Giants dah mewah sangatlah tu.
Siri pertama RM10.di eja RM sa-puloh.old school kan?
Sekarang?kalau kau pergi kedai makan ke,kau ambik sepinggan kueh tart ke,lepas tu kau bagi 20 sen ke,mahu kau tak lebam biji mata,badan kau kena tumbuk ke apa entah..okey,cut the craps,aku nak persoalkan sekarang ni,apa kita boleh buat dengan RM10 untuk hari ini??
Siri kedua,dah ditukar ejaan jadi Sepuluh.
 Siri ketiga.dah lain sikit design kat sudut kiri.
siri ke empat.
belakang siri ke empat punya not RM10.
Aku rasa,bagi student macam aku ni,kalau makan je,sekali makan je lah kan,mesti akan RM8 ke atas..aiya..lepas tu tak masuk air lagi..air paling2 harga nak dekat RM1.50..Jadi macam dah rasa kalau ada RM10 tu macam sikit je lah hai duit dalam tangan kan?
Macam kalau kau ada RM10 je haritu,dah,baik tak payah nak jalan2..kau duduk rumah lagi bagus sebab kau kategori orang tak mampu kalau kau ada RM10 je dalam tangan..Sekarang memang matawang memang macam kecil je nilai dia..aiyaa.tak macam dulu.
Tapi berbalik semula kepada soalan,sekarang,dengan RM10 kita boleh beli apa sahaja kan untuk sehari??masa kecik2 dulu kalau ada RM10 dalam tangan macam dah orang kaya baru..tapi sekranag..kau ada RM10 sahaja dalam tangan siapa nak ajak kau pergi tengok wayang?
Sekarang dunia dah berubah..kita pemikiran pun kena lah berubahkan?dari not duit kertas matawang negara kita pun kita dah boleh belajar mengenali asal usul negara kita punya pembangunan..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*malam ni earth hour,dari 8.30 sampai 9.30pm..saya support.anda?
*saya bangga menjadi anak Malaysia.
 Tanah Tumpahnya Darahku..I like.
Hampir semua blog yang aku kenal,walau macamana pun dia nak tonjolkan blog dia tu lebih kepada genre apa pun,at least mesti akan ada sikit dia tulis tentang personal dia kan??Diari kah itu?
Aku ada persoalkan pada seseorang kawan aku ni tentang blog aku..asal aku borak dengan dia je mesti mood aku kelaut juga ngan dia..aiyaa..aku tanya macamni;
sendra  : weyh,blog aku ni jenis blog apa eh?
mel       :blog kau sama jenis blog aku.
             personal/public.
Okey,dapat key point dia disitu??blog aku adalah jenis personal/public..memang aku juga bercerita mengenai diri aku sendiri kadang2.(baca: selalu kot?)..adakah ni menjadikan aku menulis blog ni persis seperti aku menulis diari eh?
Okey,andai kata memang aku ni umpama menulis diari,tapi advance sikit,menulis diari secara online sebab nak semua orang baca apa yang tersirat.aku kongsi pada semua,dan aku memang nak feedback dari semua..Okey,kenal formspring.me?baru2 ni aku dapat soalan macam ni;
Aku tak marah langsung pun kat anonymous yang tanyakan soalan ni..sebab aku suka dan ia memberikan aku persoalan yang aku nak kawan2 lain semua pun tolong jawab bersama..owh,kalau screenshot tu kurang jelas,soalan dia berbunyi macam ni;
“blogging macam online diary kan.so rasa macam pelik je kalau lelaki menulis diary.dont u think so? no offense.”
Okeyh kepada semua,sila jawab..blogger lelaki sila jawab..blogger perempuan minta beri pandangan..sekali lagi,aku nak ucap terima kasih kepada yang bertanya soalan tu,aku tak marah,aku suka soalan tu.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*dari personal thought aku,tak pelik pun lelaki tulis diary,aku pun tulis diary juga.
*blogging tu memang macam menulis diary ke?
*lelaki tulis diary,pelik ke?
* Awak jangan buat saya macam ini awak, Muka saya ganas awak Muka saya ganas Saya ni rempit . tapi dalam hati saya ada taman..
*ye ke?
Setelah hampir sekian lama Geng Blogger crash,ke apa entah,akhirnya ia kembali normal!Tahniah!..tahniah kat siapa?tahniah kat aku lahh..sebab aku kalau tak ada GB ni,umpama rutin blogging aku agak kacau-bilau tw!
Kali ini aku nak ceritakan kenapa aku rasa GB ni penting sangat kalau aku nak blogging ni?Serius,kalau sehari aku tak buka GB ni umpama tak gosok gigi sehari tw..kau kira berapa hari GB rosak?aiyaa..macam berapa hari tak gosok gigi dah!
euwww…jejekkk!!
Okeyh,ni macam nak buat pengakuan pada semua..dah macam buat pengakuan kat gf ke apa ntah..apa yang aku rasa tentang GB..


1.Tanpa GB,aku tak dapat nak ping blog aku!!
aku tahu blog aku ni blog apa je lahh..setakat blog kueh..tanpa nak ping2 kat GB,siapa je lahh yang nak tahu aku ada update cerita baru..aiyaa..traffic turun sikit leyy..(sebab aku biasa ping kat GB je)

2.Tanpa GB,aku tak dapat nak buat blogwalking!!
aku ni jenis pemalas juga kadang2 nak buat blogwalking,jadi bila aku kenal GB ni,ia memang sangatlah memudahkan aku nak tahu entry2 yang baru di ping kan..haa,mudah kan?
3.Aku jadi macam tak berkembang otak!!
Susah nak jadi blogger yang tak pernah kering idea ke apa ntah,sentiasa up to date dan ada je cerita baru nak kongsi..jadi,kadang2 bila tengok orang up to date punya blogger,kita dapat tahu sesuatu yang baru,dari situ aku boleh olah benda tu dari pandangan aku.(baca: bukan plagiat)

4.Aku dapat detect masa yang sesuai untuk ping blog aku.
kan ada live chatbox kat dalam GB tu kan?haa,dari situ kita boleh tengok waktu2 yang panas dimana ramai blogger sedang meluangkan masa di hadapan laptop mereka..masa tu lah kita ping new entry kita!haha..traffic2!
5.aku dapat tahu isu semasa antara blogger2 semua..
haa,ni aku fokus yang dekat forum tu..kat forum tu kita boleh nampak beberapa blogger berpengalaman memberi nasihat ke apa semua,dorang nak gaduh ke apa,biar je,apa yang baik kita ambil..

6.Kumpul ramai kawan!!
dekat sini aku tekankan,bukan konsep I follow u follow me..bukan..cari kawan maksudnya,kita boleh kenal blogger yang best,lepastu kenallah dengan mereka..networking tu bang!
(kartun ni pelik)
Jadi nampak tak dah berapa lama aku sangap sebab tak buat semua diatas??owh GB,janganlah kau rosak2 lagi..aku dah lah jadi noob kalau kau rosak..aiya..

 Sekarang dah keluar benda ni kalau GB agak2 nak hang..janganlah..janganlah..janganlahh hang lagi dong!(baca: “huhu…sabar-sabar!)
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*ni lah kalau dah terbiasa dengan GB..baru2 belajar blogging dulu terus kenal GB..tu yang baru takde sekejab dah naik noob terus.
*respect kat blogger2 yang berpengalaman,naik tanpa bantuan GB lah aku kira..kalau aku tak boleh..sebab blog aku biasa je..tak sehebat mereka..
*apesal lah sepanjang aku tulis cakap blogger berpengalaman,asyik keluar nama Kak Jie je ni??aiyaa..sebab aku banyak belajar dari dia secara senyap2..haha
Okeyh,entry khas nak ajak bincang dengan semua,terutamanya lelaki,perempuan kalau nak bagi buah fikiran pun boleh,takde masalah,topik kita,seperti tajuk entry,Antara perempuan cantik perangai buruk dengan perempuan hodoh perangai baik,mana kau akan pilih?
Lihat kedua-dua gambar dibawah.terdapat gambar seorang perempuan cantik,dan seorang perempuan tak cantik.kita assume yang cantik tu perangai kureng sikit manakala yang hodoh tu baiklah kononnya.
Perempuan hodoh tapi berhati baik..(assume je eh)
Angelina Jolie yang cantik..(assume dia ni jahat eh..)
Okey,dalam entry ni,aku nak korang bayangkan tw,kononnya dalam dunia ni tinggal dua spesis ni je yang tinggal..memang dah takde lain dah..dia kira macam tinggal kau nak take it or leave it..macamana tu??
Tapi kau punyai naluri macam orang lain juga,nak kahwin dan hidup happy..tapi dalam situasi ni,ada dua je choice…perempuan cantik tapi jahat dengan perempuan hodoh tapi baik..macamana??haahh,fikir jom..apa kata korang?apa pilihan korang?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*mengikut pilihan pribadi aku,aku akan leave it..dua2 aku tak nak..aku nak hidup dengan perempuan yang baik,dan cantik..owhh..cantik tu penting sekali okey!..tapi aku nak yang baik,tapi aku nak yang cantik..hurmm..
*perempuan di luar sana,ingatlah,muka cantik perangai macam wild boar tak guna kak..lelaki pandang sebelah mata pun tak nak..serius shit!!..
*(tapi kalau setakat nak game kan kau,memang kau lah pilihan kami..ingat tu.)
*kepada yang kurang cantik,jangan bersedih,sebab kalau hati baik,akan ada juga jodoh dengan orang yang baik..percayalah.
*firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]

*thanks kepada Maz,sebab bagi award ni..sangatlah saya hargainya..terima kasih banyak2.. !!(walaupun semua orang dapat award ni,saya rasa berterima kasih juga..at least orang ingat kat blog ni…thanks Maz.)

Komik Gempak.Siapa yang tak kenal komik ni??aku rasa komik ni memang sangat famous kot kat Malaysia ni..Rasa kawan-kawan baya aku semua mesti pernah juga layan komik ni kan?Tapi ada ke yang masih layan komik Gempak ni??Aku ada dari isu 1 bhai..masa tu first keluar june 1998.
Untuk menjadi jujur dan pengakuan berani,aku masih lagi membeli majalah komik Gempak ni sampai sekarang..yess..aku tak pernah miss pun isu komik Gempak ni tw..walau ada lahh yang sikit2 berlubang dalam koleksi aku tu,tapi at least aku aku jarang miss lahh.
Koleksi aku setakat 15 dec 2009 haritu..ni kat rumahlah.tinggi kan?
Sampai sekarang pun,kalau aku jalan-jalan,cukup awal bulan atau setengah bulan ke,isu baru akan keluar tw,kalau aku ternampak je dekat 7e ke,kat kedai majalah mana2 ke,dengan tak fikir panjang,aku akan terus beli tw..tak kira ada duit ke tak..
Setakat yang terbaru ada kat tangan aku,sejak tak balik-balik rumah ni..
Ingat lagi masa kemas bilik haritu,kemas sekali lahh koleksi majalah komik Gempak aku ni,haa,hampir satu bilik aku huru hara..penuh satu bilik bahan koleksi aku ni..usha gambar-gambar dibawah.
Selain Gempak,semua keluaran Gempakstarz pun aku beli juga tw..novel grafik ke,Starz ke(dah takde lagi),Utopia ke,Hype apa semua aku belilah..kira support penuhlah barang buatan Malaysia ni..
Huru hara satu bilik aku penuh ni dulu masa kemas haritu..
Gambaran lebih jelas ketinggian koleksi saya setakat 15Dec09..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*sebenarnya,aku tak tahu kenapa aku masih mengumpul majalah ni,sebab sebenarnya aku beli yang sekarang ni,aku tak baca pun..cuma beli dan terus letak dalam locker.
*apa yang buat aku terus membeli ni,just macam tajuk entry ni lahh..dah kumpul dari awal,kenapa mesti berhenti kan?
*ada orang kata blog aku ni macam blog budak-budak..aku tak marah langsung pun..sebab aku memang macam ni,paling penting,bila aku usha blog dia,wekk,lagi tak best..baik tak payah.hahah.
*aku boleh masuk kategori kipas susah mati Gempak kan?
*owhh,satu lagi,usha screen shot dibawah.
Tengok weyh,dia kata kat no 1 tu,”you may bring along one friend”..aku nak ajak siapa ehh??siapa nak ikut??hahaha