27 February haritu,memang dah deal dengan Mel nak join dia main paintball..siap dia nak payung aku RM30,sebab aku tengah kering sekarang..aku setuju..tapi apakan daya,aku hanya manusia biasa..tidak mampu berada dari satu negeri ke satu negeri dalam sekelip mata..

Dari Kuantan ke Kuala Lumpur..
hajat hati mahu bertemu blogger tersayang,
Tapi kerja banyak perlu diatur,
Tiba di gath blogger hanya di ulik mayang.
Tapi takpe lah kan,better late than never..sekurang2nya aku tunaikan janji aku..bukan sekadar melepaskan batuk di tangga..telah ku berusaha tiba on time..tapi adat ,manusia biasa,saya bukan robot,saya tidak boleh ditukar bateri semudahnya..penat badan terlampau,tiba sana subuh,overslept hingga ke petang..
hahah..apa aku cakap macam ni??pusing2 banyak bunga2 aiyaa..ni semua sebab dah terpengaruh dengan aus dengan Eyriqazz punya gaya cerita sejak akhir2 ni lahh..aiyaa..haha..
Macam ni ceritanya,Mel,siapa yang tak kenal dia??(aku tak kenal pun siapa mamat panjang ni,miahaha)..pernah nampak banner tepi tu??yaa..kan aku ada cerita kat entry ni.klik.aku memang nak pergi..sumpah aku teruja..lagi aku dah janji dengan Bean Moreno,dengan Mel sendiri,dengan Kak Tash lagi..
Memang aku pergi gath tu..tapi yelah..kepada yang pergi tu,rasa diorang yang lepak kat Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang tahu,ada sorang mamat baju merah datang paling lambat sekali..haha…aku lah tu..
Aku minta maaf sangat aku datang lambat..bukan sengaja..memang sangat letih dari kuantan,sampai subuh..subuh2 semangat text bean kejut dia sembahyang subuh..haha..time tu kat Bandar Tasik Puteri Cheras,rumah cousin,Emo@Syafiq Suliman.
Sangat letih,overslept sudah..tak dapat join main paintball..tapi,sebab semangat nak jumpa semua masih ada..tadaa..bean,aku datang juga kan??haha..
Aus Melankolik Dengan Bean Moreno..pasangan ideal..hahahah
Happy sangat2 juga sebab dapat jumpa Mel.bean,Aus,Kak Tash dgn mr Hubby dia..Yang lain2 tak kenal sangat..sebab datang2 je,dorang semua dah lepak lama sangat,so ramai lah yang nak blah sudahh..sedih weyh..haha..
kat sini je lah aku jumpa mereka,kat Taman Melati.
(curi dari Eyriqazz..hehe)
Paling penting,aku jumpa Eyriqazz,banyak yang aku dapat belajar dari dia..antara yang aku dapat dari apa yang dia kongsi sikit haritu:
  • Kalau letak nama blog,elakkan letak tanda2 yang memeningkan orang nak ingat blog kita..lagi kalau boleh,jangan letak “_”,”-” dll..tu semua tak payah..(pheww,kuehtart okey)
  • kalau nak dapat banyak buffered earning ke apa,rajin2lah join event nuffnang..tengok,baru2 ni dia dapat tv flat screen..free2 je..
  • kalau tulis entry sendra,kau jangan tulis panjang2 sangat..”kau memang suka tulis panjang2 eh?”..hahhaha..
  • banyakkan letak gambar,supaya readers tak bosan baca blog kita..(memang betul juga kan?satu gambar boleh menceritakan seribu cerita..)
  • kalau kita nampak kesalahan pada suatu blog,tegurlah..tapi dengan cara yang elok..cth: “aku rasa blog kau ni tulisan dia kecik sangat,cuba kau besarkan,mesti lagi senang orang nak baca”..jangan tulis cth: “blog kau tulisan kecik,mati ah kau nak tulis blog konon”..pffft..
  • rajin2lah buat blogwalking..cik epal tu sendiri,dalam sehari hampir 200 blog dia terjah..haa..kita nak sempoi2 je pulak..tapi nak jadi blogger gempak konon..aiyaa..
  • Rajin2lah hargai blog orang..cth buat review blog org ke..(yelah,cuba cth org buat review blog kita,terasa di hargai tak?)
  • rajin2 komen entry org..tu pun tanda penghargaan tw pada seseorang blogger..
  • Ambil setiap apa teguran yang org bagi kat blog kita,tu pun tanda penghargaan utk kita,sebab ada yang sudi tegur kesilapan kita yang mungkin kita tak perasan
  • yang lain aku tak ingat..aku tak catat..hahah..
Thanks sangat2 Eyriqazz…sangat best!!
Tu dia Eyriqazz,tgh berkongsi tips.dia sangat cool okeyh..
Tu dia Kak Tash yang sangat sporting..dia ni lawak lahh..Sempoi sangat2..dia datang dgn husband dia,Mr Hubby..hahah..Kak Tash ni lah org yang sangat buat blog Kueh Tart aku ni sangat terasa dihargai..dia asek cakap kueh Tart je..hahha..datanglah selalu blog dia..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Aku tak tw macamana,jumpa mereka semua ni,padahal baru first time jumpa,tapi macam dah lama sangat kenal..tu lah beza tw kawan dgn blogger..kita boleh kenal org tu dari blog dia je tw..aku tak rasa kekok langsung cakap dengan mereka..
*Aku hope sangat ada lagi lah gath macam ni..memang best.dapat belajar macam2..
*Aus Melankolik,Tahniah,kau dah pakai domaon sendiri..terharu siot kau tanya2 aku pasal domain tu..nasib baik kau cuma tanya benda yang aku tahu..hahha..nanti aku buat entry khas utk kau..(aku nak aplikasikan apa yang Eyriqazz ajar)
*bean moreno,kau memang persis Mr Bean..hahhaha
*kepada blogger lain,kalau ada gath macam ni,supportlahh..aku datang sekejap je pun dah rasa best..lagilah kalau aku join dari awal event..haihh..
*ejaan Eyriqazz sudah dibetulkan..hehehe..