Kalau Halimah jongang mestilah dia gigi jongang manakala Fatimah juling mata dia juling..Setakat perbezaan tu semua orang pun tahu..tapi ada satu perbezaan ketara yang ramai orang tak perasan ada dalam telefilem yang ditayangkan kat Astro ni..

nak tahu apa perbezaannya??
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
mana ada perbezaan apa2 pun..dua2 ni ada unsur mengutuk ciptaan tuhan lahh..Aku ada sikit tak setuju dengan penerbitan cerita ni tw..Tak elok buat cerita macam ni..lagi2 dengan lagu tema cerita ni sendiri.


Haa..mula2 lagu ni memang macam alrite je..tapi nak last2 tu..bab yang rancak dan sedap diulang2..sebut halimah jongang2 tu tak ubah bunyinya macam mengejek orang lahh..Tak ubah macam budak kecik ejek orang jongang..

Cerita Halimah Jongan ni lebih kurang sama je macam Ugly Betty..mula2 hodoh orang tak suka,pastu jadi cantik orang pun suka..lebih kurang sama je..takde apa yang tak elok sangat pun cerita ni..tapi bab lagu tu,aku macam tak sedap sikit rasanya..haihh..

Kita mungkin sedap je nyanyi lagu ni,tapi orang yang bergigi jongang,agak2 mereka terasa tak?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*sekali sekala meluahkan perasaan tak puas hati kat blog sendiri takpe kan?
*bukan nak boikot industri perfileman tanah air,cuma kalau selalu sangat keluar cerita macam ni,siapa nak support?buatlah cerita macam Alice in wonderland ke..aiyaa…
*os berlakon sekali dalam cerita tu jadi atuk halimah..dia betul ke tak terasa apa2?urmmm..