Kalau haiwan yang berjaga malam,itu dipanggil nocturnal..ala,kalau pening kepala apa tu,contohnya macam burung hantu lahh..burung hantu tu kan berjaga malam je kerja dia..tu memang tabiat dia..tapi kalau manusia spesis ni,nak panggil apa pula?
Kebiasaannya orang (yang dikatakan normal),akan bekerja pada siang hari,dan berehat pada waktu malam..tapi bagi jenis sesetengah orang,siang tu adalah waktu dia macam layu je..tapi bila malam menjelang,hahh..bukan main bertenaga pula tiba2..
Sebenarnya aku sendiri mengalami sindrom ni..(sindrom kah?)..orang lain dalam pukul 10 ke 11 pm dah tidur dibuai mimpi,tapi pada aku,selagi tak pukul 3am,tu masih awal..masih terlalu awal..tapi ini dah lawan biological clock manusia dong..
Ok aku tahu gambar tu tak sama dengan apa yang kita ceritakan,just aku suka gambar tu,jadi aku letak.tu kitaran hidup manusia..kecik ke dewasa ke tua..aku selalu fikir benda tu..macamana aku dah dewasa nanti eh?aku masih kanak2 lagi sekarang ni..dah tu ni nak ada berapa ramai cucu yang comel ah?
Ok merapu.kahwin pun tak dah fikir cucu..balik ke topik asal..macamana ehh jadi orang yang nocturnal ni..siang sangatlah lembik,tapi bila malam,haahhh..macam ada tongkat ali semulajadi ke apa ntah dalam badan..Anda bagaimana?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*aku menulis ni pun sebab aku tak boleh tido walaupun hari esok sangat free.
*aku tak faham kenapa orang boleh tido awal sedangkan aku tidak..
*kalau korang lah yang senasib dengan aku,susah tido malam,apa yang korang buat?
*adakah tidak normal menjadi orang yang nocturnal ni?
*anda senasib dengan saya?
Advertisements