Sekarang kan,kalau macam kita ni,jenis-jenis yang tak kahwin ataupun berstatus bujang mahupun isteri sibuk dan malas nak memasak di rumah,mestilah restorang menjadi pilihan utama kan?Ehh..Makan di restoran mamak. pun menjadi pilihan juga kadang-kadang.

Tak kira lah makan kat mana,sekarang ni nak fikir macamana nak bagi kita save budget bila makan dekat restoran-restoran ni..?ni semua sebab harga bahan semua dah naik,jadi pengusaha restoran semua dah mark up harga juga.aiyaa.
okey,mula-mula kita cakap pasal nasi ..

Okey,diberi dua situasi;
  1. kau ambil nasi,seciput je..memang sikit tahap orang nak diet ke ataupun memang kau tak lalu makan hari tu..tapi kau dikenakan harga RM1.20,sama macam kalau nasi lagi banyak..membazir kah itu?
  2. kau ambil nasi,sangaattt banyak..orang kata kira boleh melimpah-limpah dan kau kira bijaklah sebab dapat nasi banyak dan tetap kena bayar RM1.20..tapi kau makan tak habis..membazir kah itu?

Tapi,kalaulah kau ni jenis memang hati kering,kau selamba je ambil nasi banyak-banyak,lepas tu ambil satu pinggan kosong,then kau share nasi melambak RM1.20 tu dengan kawan kau..haa,kira sorang RM0.60..bijak kah macam tu?

Kedua jom cakap pasal lauk!

Okey,diberi situasi kau denagn kawan kau hari ni banyak duit sikit,rasa korang nak makan sedap,lauk ala-ala macam mak masak lahh..jadi kau pun order segala yang korang nak makan.Contoh kau order ayam masak kunyit,sayur lemak dengan telur dadar,kawan pun order lebih kurang sama..masing2 kena semua sekali RM12.


Tapi kan,kalaulah kau makan dengan kawan kau,kan lebih elok kalau korang order semua tu,tapi jadikan lauk korang kongsi-kongsi??kan lebih makan ala2 kekeluargaan gitu??makan lauk bukan banyak mana pun kan?

Dah nasi dah lauk air takkan takde? 

Perasan tak kalau harga air,antara gelas biasa dengan gelas besar,beza dia sikit je??aku suka buat perbandingan harga antara dua ni..gelas biasa dengan gelas besar..beza harga sikit,tapi banyak dia lain macam sikit lahh..

Sekali lagi,macam idea nasi tu,alahh,hati kering je kau beli tu kasi pancung sama kawan mesti mari je lahh..kira,apa point aku kat sini,untuk orang under budget tapi nak makan macam kau anak datuk,lagi boleh eratkan silaturrahim dengan kawan,ahhh camtulah..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*ni namanya entry tengah lapar campur panas bila kena tag mahal dengan kedai makan..cess.
*pernah ke tak ehh orang makan kat restoran lepas tu time bayar,lepas tu minta kurang.macam negotiate masa beli barang kat kedai.?ada ke?
*apa perasaan korang,main teka teki “banyak-banyak benda,benda apa yang 4 kaki tapi 6 mata?”
jawapan=koboi naik kuda bawak ayam..hehh.
*semua diatas ialah pendapat peribadi.