Komik Gempak.Siapa yang tak kenal komik ni??aku rasa komik ni memang sangat famous kot kat Malaysia ni..Rasa kawan-kawan baya aku semua mesti pernah juga layan komik ni kan?Tapi ada ke yang masih layan komik Gempak ni??Aku ada dari isu 1 bhai..masa tu first keluar june 1998.
Untuk menjadi jujur dan pengakuan berani,aku masih lagi membeli majalah komik Gempak ni sampai sekarang..yess..aku tak pernah miss pun isu komik Gempak ni tw..walau ada lahh yang sikit2 berlubang dalam koleksi aku tu,tapi at least aku aku jarang miss lahh.
Koleksi aku setakat 15 dec 2009 haritu..ni kat rumahlah.tinggi kan?
Sampai sekarang pun,kalau aku jalan-jalan,cukup awal bulan atau setengah bulan ke,isu baru akan keluar tw,kalau aku ternampak je dekat 7e ke,kat kedai majalah mana2 ke,dengan tak fikir panjang,aku akan terus beli tw..tak kira ada duit ke tak..
Setakat yang terbaru ada kat tangan aku,sejak tak balik-balik rumah ni..
Ingat lagi masa kemas bilik haritu,kemas sekali lahh koleksi majalah komik Gempak aku ni,haa,hampir satu bilik aku huru hara..penuh satu bilik bahan koleksi aku ni..usha gambar-gambar dibawah.
Selain Gempak,semua keluaran Gempakstarz pun aku beli juga tw..novel grafik ke,Starz ke(dah takde lagi),Utopia ke,Hype apa semua aku belilah..kira support penuhlah barang buatan Malaysia ni..
Huru hara satu bilik aku penuh ni dulu masa kemas haritu..
Gambaran lebih jelas ketinggian koleksi saya setakat 15Dec09..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*sebenarnya,aku tak tahu kenapa aku masih mengumpul majalah ni,sebab sebenarnya aku beli yang sekarang ni,aku tak baca pun..cuma beli dan terus letak dalam locker.
*apa yang buat aku terus membeli ni,just macam tajuk entry ni lahh..dah kumpul dari awal,kenapa mesti berhenti kan?
*ada orang kata blog aku ni macam blog budak-budak..aku tak marah langsung pun..sebab aku memang macam ni,paling penting,bila aku usha blog dia,wekk,lagi tak best..baik tak payah.hahah.
*aku boleh masuk kategori kipas susah mati Gempak kan?
*owhh,satu lagi,usha screen shot dibawah.
Tengok weyh,dia kata kat no 1 tu,”you may bring along one friend”..aku nak ajak siapa ehh??siapa nak ikut??hahaha