Hampir semua blog yang aku kenal,walau macamana pun dia nak tonjolkan blog dia tu lebih kepada genre apa pun,at least mesti akan ada sikit dia tulis tentang personal dia kan??Diari kah itu?
Aku ada persoalkan pada seseorang kawan aku ni tentang blog aku..asal aku borak dengan dia je mesti mood aku kelaut juga ngan dia..aiyaa..aku tanya macamni;
sendra  : weyh,blog aku ni jenis blog apa eh?
mel       :blog kau sama jenis blog aku.
             personal/public.
Okey,dapat key point dia disitu??blog aku adalah jenis personal/public..memang aku juga bercerita mengenai diri aku sendiri kadang2.(baca: selalu kot?)..adakah ni menjadikan aku menulis blog ni persis seperti aku menulis diari eh?
Okey,andai kata memang aku ni umpama menulis diari,tapi advance sikit,menulis diari secara online sebab nak semua orang baca apa yang tersirat.aku kongsi pada semua,dan aku memang nak feedback dari semua..Okey,kenal formspring.me?baru2 ni aku dapat soalan macam ni;
Aku tak marah langsung pun kat anonymous yang tanyakan soalan ni..sebab aku suka dan ia memberikan aku persoalan yang aku nak kawan2 lain semua pun tolong jawab bersama..owh,kalau screenshot tu kurang jelas,soalan dia berbunyi macam ni;
“blogging macam online diary kan.so rasa macam pelik je kalau lelaki menulis diary.dont u think so? no offense.”
Okeyh kepada semua,sila jawab..blogger lelaki sila jawab..blogger perempuan minta beri pandangan..sekali lagi,aku nak ucap terima kasih kepada yang bertanya soalan tu,aku tak marah,aku suka soalan tu.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*dari personal thought aku,tak pelik pun lelaki tulis diary,aku pun tulis diary juga.
*blogging tu memang macam menulis diary ke?
*lelaki tulis diary,pelik ke?
* Awak jangan buat saya macam ini awak, Muka saya ganas awak Muka saya ganas Saya ni rempit . tapi dalam hati saya ada taman..
*ye ke?