Tergelak tersembur2 aku bila kau tengok balik cerita orang dulu2,beli goreng pisang seposen dah boleh dapat satu pinggan penuh dah..beli selendang untuk girlfriend,RM5 dah lepas,tambang bas lima sen je..nak makan sedap2 kat restoran,RM1 pun dah lepas dah..
duit pertama $10 selepas kemerdekaan.
Lepas tu dulu kalau nak beli beras ke nak beli bahan2 dapur semua,entah2 RM10 ni dah cukup sangat2 nak beli stok untuk satu family sampai berapa bulan lah agaknya kan??macam kalau family tu nak shopping kat Giants dah mewah sangatlah tu.
Siri pertama RM10.di eja RM sa-puloh.old school kan?
Sekarang?kalau kau pergi kedai makan ke,kau ambik sepinggan kueh tart ke,lepas tu kau bagi 20 sen ke,mahu kau tak lebam biji mata,badan kau kena tumbuk ke apa entah..okey,cut the craps,aku nak persoalkan sekarang ni,apa kita boleh buat dengan RM10 untuk hari ini??
Siri kedua,dah ditukar ejaan jadi Sepuluh.
 Siri ketiga.dah lain sikit design kat sudut kiri.
siri ke empat.
belakang siri ke empat punya not RM10.
Aku rasa,bagi student macam aku ni,kalau makan je,sekali makan je lah kan,mesti akan RM8 ke atas..aiya..lepas tu tak masuk air lagi..air paling2 harga nak dekat RM1.50..Jadi macam dah rasa kalau ada RM10 tu macam sikit je lah hai duit dalam tangan kan?
Macam kalau kau ada RM10 je haritu,dah,baik tak payah nak jalan2..kau duduk rumah lagi bagus sebab kau kategori orang tak mampu kalau kau ada RM10 je dalam tangan..Sekarang memang matawang memang macam kecil je nilai dia..aiyaa.tak macam dulu.
Tapi berbalik semula kepada soalan,sekarang,dengan RM10 kita boleh beli apa sahaja kan untuk sehari??masa kecik2 dulu kalau ada RM10 dalam tangan macam dah orang kaya baru..tapi sekranag..kau ada RM10 sahaja dalam tangan siapa nak ajak kau pergi tengok wayang?
Sekarang dunia dah berubah..kita pemikiran pun kena lah berubahkan?dari not duit kertas matawang negara kita pun kita dah boleh belajar mengenali asal usul negara kita punya pembangunan..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*malam ni earth hour,dari 8.30 sampai 9.30pm..saya support.anda?
*saya bangga menjadi anak Malaysia.
 Tanah Tumpahnya Darahku..I like.