Entry aku yang sebelum ni aku bercakap tentang blogger yang aku sukai ialah blogger yang menjadi diri dia sendiri dalam penulisan dalam blog nya..Tiada nak sorok2 atau nak tipu2 dalam penulisan supaya nak diri dia nampak cool..percayalah,orang yang menulis berdasarkan apa diri dia tu,tu yang cool..
Aku bagi contoh dalam entry yang lepas tentang asal usul jati diri dari sudut asal kelahiran (negeri)..mungkin aku bagi contoh terlalu dalam skop yang kecil membuatkan ada yang menyangka aku pangkah orang yang tak bercerita dengan sepenuhnya tentang asal mereka (baca : loghat percakapan)
Benda tu semua atas masing2..Cuma peribadi aku rasa kalau blog seseorang tu ada cakap@menggunakan perkataan loghat mereka,tu macam kredit lah atas blog masing2..macam menariklah aku rasa kalau sambil baca blog dia kita boleh belajar loghat negeri lain.
Okey tinggalkan point tu..Kali ni dalam part 2 aku nak bercakap mengenai blogger yang aku sukai ialah blogger yang tak kisah ditegur..aku bertambah respect pada seseorang blogger tu kalau newbies macam aku menegur kekilafan dorang yang aku nampak dari mata kasar aku..
Aku admire orang yang macam tu..dah hebat dalam arena blogging tapi kalau kita yang newbies ni tegur,dorang segera ambil apa yang kita cakapkan tu..jadi disini,aku nak belajar cara mereka,ambil setiap teguran sebagai tanda orang care pada blog mereka..kan?
Cheers,
Sendra,
Ceo Kueh Tart.
*apesal penulisan aku makin lama makin skema?maybe sebab akhir2 ni aku selalu baca blog Mazidul Akmal Sidek kot..
*sebarang kekilafan (baca : kesalahan) aku tolong tegur eh..
*ye orang Johor memang suka cakap eh kat belakang ayat,tapi tak lah macam iklan Sinar FM punya iklan tu..macam perli orang Johor je..
*tengok gambar ni weyh..
cool ke geli?
Advertisements