Archive for April, 2010


Muhasabah diri.Tu definisi paling tepat kan kalau orang kata fikir tentang kelemahan diri?Apabila saya menghabiskan masa seorang diri,terfikir saya tentang diri ini.Yelah kan,kalau kita asyik sibuk nak fikir kelemahan orang,tapi kita selalu tak fikir tentang sendiri punya kan?
Saya terfikir,kenapa saya susah nak berjaya dalam hidup saya?kenapa selalu ada sahaja masalah yang bukan ia datang kepada saya,tapi saya yang mencipta masalah itu sendiri..mungkin pada segelintir orang,mereka lebih selesa menyembunyikan kelemahan mereka itu..

Saya juga begitu..Dalam dunia orang blogging ni,tak mustahil lah banyak sebenarnya kepalsuan didalam penulisan mereka..Dalam blog cerita seolah2 mereka bahagia,di dunia sebenar tapi kenyataannya??P

Okey cukup bercakap pasal orang lain.Disini saya nak bercakap soal diri Sendra sendiri..Kita selalu memandang apa yang ada pada orang,sehingga kita terlupa apa yang ada pada kita..itulah manusia kan?

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*ini bukanlah entry touching whateva lahh..

V for Vendetta..seorang yang menyembunyikan kesedihan melalui topeng tersenyum itu.
*adakah benar persoalan saya,blogger ni pelakon sahaja kah didalam blog mereka sendiri?(baca : khusus untuk personal blog)
*doakan saya cepat sembuh.
Advertisements
Jarang letak tajuk entry kotor2 macam tu,tapi sekali sekala takpe kan?Okey,dari kecik lagi acapkali saya terfikir,kenapa kucing ni kalau berak sepah2 kat mana pun,dia mesti akan tanam juga taik dia..kenapa eh?
Sampai lah ada sekali tu,saya pergi library masa kecik dulu,ada jumpa satu buku cerita tajuk dia lebih kurang “kisah kucing dan harimau”..Cerita dia mengenai kucing dan harimau yang berkawan baik lah.Bayangkan tw kucing kawan dengan harimau.
Macam logik juga kan cerita tu sebab dorang ni kan dari keluarga yang sama.Nak jadikan cerita,suatu hari,harimau amanahkan kucing untuk jaga makanan dia sebab dia ada urusan nak kena setelkan.Kucing pun setuju.Sepeniggalan makanan harimau dengan kucing tu,kucing tu lapar sangat2.
Kucing tu fikir,agak2 line clear ni,apa salahnya kan dia makan sikit..nak jadi cerita,dia terlajak makan sampai habis makanan tu semua..Kucing tu dah risau,macamana ni?Jadi ia terfikir dia terpaksa lah berbohong dengan harimau.Cakap je ada binatang lain curi makanan tu semua.
Bila dia dah tipu harimau tu,harimau tu pun ngamuk..dia menjerit..”siapa yang curi makanan aku.aku boleh detect siapa melalui taik dia nanti!!”..kucing tu takut..sejak dari tu lah sampai sekarang,bila kucing habis berak je,dia akan tanam taik dia tu..sebab takut harimau jumpa..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Sekali sekala letak cerita dongeng dalam blog best juga..
*Entry santai..thanks siapa yang sudi baca.
*logik tak cerita tu?
Akhiran ini,dah menjadi satu trend agaknya..kalau satu pasangan tu tengah hangat bercinta segala..bagai bulan pun sanggup di beli untuk dijadikan sebagai hadiah hantaran bagai..itu membawa maksud “kau adalah milik aku seorang”..apakah??

Okey,masih blur lagi dengan mukadimmah macam tu,takpe,straight to the point..Isu kali ni  Sendra nak ajak bincang dengan korang semua dua topik,dalam hal-hal orang bercinta bagai ni..Isu itu ialah;
  • kenapa kalau sudah ada pasangan sendiri,tapi masih sibuk mahu mencari lagi?
  • adakah sudah declare kekasih bermakna tu adalah hak milik sepenuhnya?
Diberi situasi..bayangkan,korang ni berada dalam situasi sebelah pihak.(tak kisah lah lelaki ke perempuan)..saya bayangkan saya berada kat tempat lelaki tu okey.Sudah berpunya..nama dia M.Saya sangatlah sayang pada M..M lah segala2nya pada saya..
Tanpa M saya rasa dunia ni macam tak sempurna untuk saya..Tapi dalam waktu yang sama,ramai perempuan lain yang mahukan saya..Sekarang,tak payah ada no phone,dengan Facebook pun diorang boleh nak kenal dengan saya..Saya layan..Tapi itu tak bermakna saya mahu menduakan M..

Cinta saya cuma untuk M seorang..Saya melayan perempuan lain hanyalah untuk melayan jiwa muda saya yang masih mahu ‘flirt’ dengan perempuan lain..tapi sumpah,saya tak berniat mahu menduakan M..Jadi macamana?
Persoalan disini,saya faham M marah jika saya melayan perempuan lain adalah kerana dia merasakan apabila saya layan perempuan lain,saya memberikan harapan kepada mereka..M tidak mahu itu terjadi sebab dia mahukan diri kita hanya untuk dia seorang..Tapi dalam hati saya cuma ada M seorang.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Dalam situasi diatas semua itu cumalah contoh..tiada kena mengena dengan Sendra langsung.
*Sekarang ramai je kan couple bergaduh sebab kantoi layan perempuan/lelaki lain dekat social networking macam Facebook Myspace segala ni kan?
*Cuba tonton video dibawah;
*Dalam video tu cakap tunang..kalau yang tunang pun belum,apa cer derr?
*Fikirkanlah.
Arakian ini,semua orang ada facebook..lagi dah dua entry Sendra buat pasal Facebook..memang dah macam fenomena dah benda ni..Siapa yang tak kenal apa itu facebook layak dapat anugerah TAKHD..(Tak Ambil Kisah Hal Dunia) lahh..
Entry Sendra sebelum ni tentang Facebook;
Dalam hal buat duit dari Facebook ni,nak kata benda tu lama,tak lah lama sangat,nak kata baru,tak lah baru sangat juga..rasa ramai juga yang dah tahu..sekarang boleh buat duit melalui Facebook!!Modal 100 income cecah ribu riban babe!!macamana tu??

Sebelum ni dah ramai kawan2 aku dalam Facebook ajak join benda ni..namun disebabkan entry dari Starrocker tentang “mahu menjana wang tanpa bekerja (minda orang kita)“benda tu sedikit sebanyak menyedarkan diri aku sendiri tentang income macam ni..
Tapi,bila fikir2 balik tentang hal ni,kalau betul lah bila tengok testimonial nya,memang ramai yang dah berjaya..maksudnya benda ni memang bukan scam lah ye?lagi bila kita fikir balik,memang betul pun,aku sendiri menghadap Facebook ni nak dekat 24/7..

Antara yang menawarkan sistem ini!

Fakta: Melalui http://www.checkfacebook.com/ ,aku dapati dekat situ dia dah buat analisis seramai 236,840 pengguna Facebook dari Malaysia,dan itu menyumbang sebanyak 7.43 % pengguna dari negara sedunia..Rasa macam rugi juga kalau tak join benda ni kalau benda ni dah sah benar..Korang rasa macamana??
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*sekarang makin bijak cara orang buat duit..takde SPM pun boleh kaya kan macam tu?
*derr..bukannya senang nak senang,bukan susah nak susah..

 ******************************************
 *updated* 7 June2010

*aku kini dah dapat jawapan bahawa sistem ini hukumnya adalah HARAM!!baca ini.

Petang tadi Sendra ada crit session lah dengan beberapa lecturer untuk final project,dan kali ni Sendra crit dengan tiga lecturer yang berasal dari Indonesia..
Petang ni,Sendra belajar satu perkara baru,mungkin perkara yang orang pandang enteng selama ni,yang mungkin kita kurang perasan..tahu ngak,kita sepatutnya tak elok ngomong2 orang indon ke,cakap indon ke..jangan dong!!seharusnya ia di sebut penuh; Indonesia..
Hahaha..hari ni banyak gelak2 saja satu petang..jadi kesimpulan untuk entry ini,seharusnya kalau kita berbicara tentang Indonesia,seharunya sebut penuh ya..Indonesia..bukan Indon..amboi,sedap je kan padahal sebelum ni cakap “orang indon”..”cerita indon” apa semua tu..hehe.
Tadi Sendra saja je open cerita pasal satu lagu sunda feveret Sendra..tajuknya..”Manuk Dadali”..maksudnya ialah burung helang..hahah..terkejut diorang Sendra tahu lagu tu..siap hafal lagi tw!Enjoy.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Perkongsian budaya Malaysia dan Indonesia memang sangatlah menarik.saya suka.
*Update tentang Gatsby street fair?nanti lahh..
*perasan tak blog kuehtart ada kadang2 guna perkataan Indonesia?pengaruh mereka lah semua tu..hahha..iya dong..benerr..

Betul kata orang,kalau sesuatu perkara tu kita tak selalu beri komitmen sepenuhnya,kita akan makin lama makin lah jadi macam tak biasa nanti.Contohnya blogging.Contoh yang paling mudah ada depan mata kita.dah berkarat babe sekarang.
Dalam blogging sebenarnya apa yang kita kejarkan eh?Baru2 ni Melz ada buat vlog dia cerita kenapa dia blogging..dari situ timbul sikitlah rasa persoalan yang baru untuk diri sendra juga kenapa kita blogging ni??
Ingat lagi masa baru2 RedMummy keluar paper..tajuk bukan main semegah lagi..”Mewah dari blog”..time tu tiba2 kawan yang lain macam datang2 lepastu tanya2 macam mana nak buat blog,nampak tiba2 orang yang jenis pemalas nak menaip tiba2 ada blog..kenapa?
Okey.Sejak akhir2 ni macam takde point sangat nak cerita apa2 dalam blog Kueh Tart yang tak seberapa ni..alahh..setakat blog kueh..nak cerita apa je kan?padahal bukan semua orang tak tahu,ramai blogger pulun hahh bercerita pasal Gatsby street fair..
Uishh,cakap pasal gatsby street fair tu,memang thumbs up sangat2..rasa nak thumbs up laju2 kat semua yang tak datang..hahha..bukan nak kasi jeles,cuma nak kalau next time ada event macam ni,datang lah..best yang teramat..(penat pun boleh tahan lah tapi)
Kalau nak cerita rentetan hari tu punya event memang dah tak best sangat rasanya..semua orang dah cerita..lagi pun haritu tak bawak camera..handphone pun habis battery pulak haritu.Jadi untuk cerita pasal Gatsby street fair tu,baik sendra tulis dengan cara yang lain sikit dari orang semua..tunggu..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Dah lama sangat sendra abaikan blog ni.haihh.
*Mahu tukar dari penggunaan aku kepada Sendra.Sesuai utk semua lapisan umur.hehe.
*cerita macam tak nak cerita pasal Gatsby street fair.padahal memang akan tulis..hehh
*kalau kueh tart tu dah berkulat dah bak kata Daydeck
Sebelum mulakan entry dengan serius,ingin aku ajak korang semua fikir sama-sama dengan aku juga satu soalan yang macam ntah apa2,tapi aku nak tanya juga..kenapa hari Jumaat dekat sahaja dengan hari Ahad,tapi hari Ahad jauh sangat dari hari Jumaat?
Okey,apesal aku rasa hari Jumaat lagi best dari hari Ahad?bila tiba hari Jumaat,rasa macam berbunga2 hati ni..kalau tiba je hari Ahad..spoil terus mood yang ada..tak tahu kenapa.Mungkin sebab hari Jumaat permulaan cuti weekend sedangkan hari Ahad penutup weekend..duhh
Cukuplah permulaan merapu tu,tujuan utama aku buat entry ini ialah,aku ingin sangat bertanya kepada semua tak kira yang berpengalaman mahupun yang baru,aku nak tanya pendapat korang semua tentang blog aku..Tak kira lah dari segi template ke,entry ke,cara penyampaian kami ke?
Aku tak kisah..as long korang bagi pendapat korang terhadap blog kami.Untuk pengetahuan semua,dari peribadi aku TIDAK berpuas hati dengan apa yang aku buat terhadap blog aku selama ini..aku selalu rasa ada sahaja kekurangan dalam blog aku.
Jadi aku mohon jasa baik semua,luangkan masa sejenak bersama blog Kuehtart kami,scrolldown ke entry yang lama2,carikanlah kesalahan atau sebarang kekurangan yang terdapat dalam blog kami.segala kritikan,teguran kami terima dengan hati yang sangatlah terbuka.

 Cheers,

Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Malu bertanya sesat jalan..malu minta pendapat  sampai bila pun kita setempat.
*Teguran dan kritikan anda semua sangatlah dihargai..kami open minded.
*Kami sangatlah mahu majukan blog Kuehtart kami.Terima kasih.
*Teringin sangat orang buat terjahan khas untuk blog kami.
*apesal banyak gambar merapu aku letak ni?


Kalau kita perhatikan,dalam kehidupan harian kita,ada ke orang yang dari bawah terus naik ke atas?Terus melonjak naik atas dari semua?Ada ke?Lahir-lahir terus dah pandai menulis poem segala..ada ke?


Aku tak faham kenapa ada yang berani meluahkan rasa macam orang yang menggunakan blogspot ni sebagai blogger yang loser,macam budak kecik yang berangan nak jadi blogger..boleh terima ke?Siapa setuju dengan pendapatasi ni?

Adakah menggunakan wordpress adalah sesuatu yang memberi petanda bahawa itulah blogger yang boleh menjadi blogger yang top,sedangkan pengguna blogspot tidak?Kalau kau gunakan wordpress,tapi isi cerita hari ni kau makan dengan girlfriend kau esok kau gaduh lusa pulak nak clash..wow..tahniah child.

Hebat dari segi apa tu?aku tak faham kenapa pengguna blogspot dipandang rendah oleh sesetengah pihak malah menganggapnya sebagai loser..apa tu?Aku sedar aku tak pernah hasilkan entry yang tersangatlah mantap dengan platform blogspot yang aku gunakan,tapi aku tak pernah pula rasa diri aku blogger loser sebab menggunakan blogspot..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*apa pandangan anda?
*belajar menulis blog melalui blogspot adalah alasan loser?
*kepada yang baru nak menceburi tulis2 blog ni,just be yourself,tak kira platform apa kau guna..
Awak ni pandai…cuma malas je!!

Percaya atau tidak,dari tadika,kesekolah rendah ke sekolah menengah,masuk matrik,kolej,universiti semua aku tak pernah lari dari perkataan tu dari cikgu mahupun lecturer aku..Semua ni sentiasa macam tak pernah lari dari aku punya buku laporan pelajar..

Banyak yang aku kalau boleh nak je bagitahu kat semua lecturer aku..macam luahan perasaan seorang student kepada lecturer dia lah..jadi disini aku buat warkah beradu ku untuk semua pensyarah dan guru semua..terimalahh..

Kalaulah lecturer aku mengajar sambil berlakon,
Barulah aku boleh tekun,
Kalaulah lecturer aku mengajar tanpa alat
Aku belajar dengan sangatlahh ralat.
Kalau lecturer aku mengajar sambil duduk
Memanglah aku sangat mengantuk.
Kalau lecturer aku banyak bercakap
Makinlah aku gagap.
Kalau lecturer aku tak pernah menilai
Mana dia tahu aku ni bodoh ke pandai.
Kalau lecturer aku berbudi bahasa
Memang aku sayang sepanjang masa.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*terima kasih semua guru2,pensyarah2 semua yang pernah mengajar saya..thanks a lot lahh..
*anda semua adalah terbaik untuk saya.
*agak2 lecturer aku marah tak baca ni?
*trivia..perkataan cikgu merupakan akronim bagi perkataan Encik guru..cool kan?
*nak belajar buat pantun macam eyriqazz lahh..
*tak baik kutuk lecturer..mereka bagi ilmu kat kita..

Dalam kehidupan harian,kita boleh baik dengan sesiapapun dengan apa cara sekali pun..kita boleh menjadikan sesiapa pun orang penting dalam kehidupan kita..
Aku simpulkan ia boleh terjadi atas banyak sangat faktor,antaranya ialah mengenai janji..Kenapa janji?Okey,kita perhatikan eh.banyak perkara yang mencetuskan persefahaman biasanya melalui deklarasi..even orang kawin,yang akad nikah tu pun boleh dikira macam declare kan?
Persoalan aku nak timbulkan disini,kenapa manusia senang taburkan janji,tapi bukan main susah nak mengotakan kata2..Aku takkata semua,just aku tujukan persoalan ni pada subjek (baca : orang) yang masa nak berjanji bukan main mudah,nak kotakan nya,mak aii..susah banget kan?
Sebenarnya aku tujukan semua ni lebih pada diri aku sendiri.sebab aku sedar,kadang2 diri aku ni sendiri,umpama orang boleh kata,jenis “cakap tak serupa bikin”..Aku sedar kelemahan aku tu..setelah belajar dari banyak kesilapan aku tentang perkara tu,aku nak listkan tentang memberi janji.
  1. Baik sebelum kita berhasrat nak buat sesuatu,jangan ceritakan langsung dengan sesiapa..contoh:”aku rasa,aku nak belikan kau something“..babe..tak semua orang akan ingat atau notice pada perkataan ‘aku rasa‘ tu..dorang akan terus anggap kau dah janji sesuatu dengan mereka..see?
  2. Bila sesiapa pun menaburkan janji pada kau,better kau jangan ambil serius langsung…cth:”Aku janji akan buatkan kau something“..sounded bagi kita tempting je kan??babe,dont take it seriously,just angguk dan cakap terima kasih.Susah wey kalau kita dah ter mengharap pada janji..
  3. Sesuatu perkara tu lebih baik dijadikan suprise dari dah diketahui umum..orang akan macam annoying kat kau bila kau dah bercakap tentang cita2 kau tapi habuk pun tak nampak??Sebab apa itu terjadi?kadang2 orang interprate sesuatu yang kau cakap suka2 tu as janji lahh..

Dah,aku tak nak list kan banyak2,sebab aku ni bukanlah seseorang yang arif tentang perkara2 macam ni.”hanya jauhari yang mengenal manikam,hanya mereka mengenal permata hanya mereka juga yang mengenal kaca.

credit to Ameen Deen

Ni belum aku nak cerita pendapatasi aku tentang janji pada pasangan yang tengah bercinta.tu lagi lah macam2 janji tabur mencurah2 macam air..seperti aku cakap pada tajuk entry,memberikan janji memang mudah,tapi mengotakannya?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*just another entry bosan dari aku..terima kasih yang sudi membaca.
*moral of the entry,jangan ingat menabur janji tu perkara enteng.impak dia besar tw pada individu lain.