Tanya diri sendiri,kenapa kau follow sesuatu blog itu,kerana dari situ,kau akan sedar apakah tujuan (baca : motif) kau ber bloging ni..Disini aku nak bincangkan tentang kenapa kita follow sesuatu blog itu.
Wacana ini,macam dah jadi trend ke apa,seseorang blogger itu akan memandang sesebuah blog lain termasuk blognya sendiri sebagai kayu pengukur di tahap manakah blog itu berada..Boleh pakai ke??Betul ke follower ramai membawa ukuran blog itu hebat?
Aku akan klasifikasikan mengikut pandangan aku sendiri..maaf jika terdapat sebarang kekilafan ataupun sebarang rasa tidak puas hati akan apa yang aku akan bincangkan bersama disini.Aku akan bincangkan melalui contoh dalam bentuk monolog seseorang blogger..here we go.
situasi 1.
“Aku nak tahu dan nak belajar cara blogger ini berinteraksi dengan umum melalui blog mereka..jadi aku follow blog dia”
situasi 2.
“dia ni femes,aku blogwalking mana2 blog ada saja cerita tentang blog dia..tengok follwer dia pun cecah ribu2 ni..jadi aku follow juga lahh..”
situasi 3.
“Aku nak juga jadi macam blogger lain,follower ramai,jadi aku akan follow setiap blog,dengan harapan dorang akan follow aku balik”
situasi 4.
“Aku nampak blog ni banyak berkongsi maklumat dan tips2 cara blogging,aku follow lah..boleh jadi rujukan”
situasi 5.
“sakit hati aku tengok orang cerita dorang dah dapat cek nuffnang dia..aku akan follow ramai blogger,aku bagitw dia aku nak jadi kawan dia,then aku akan keep in touch dengan dia dengan kami saling klik2 ads masing2..”
situasi 6.
“aku betul2 nak blog aku femes.aku sanggup buat apa sahaja janji blog aku femes..aku akan blogwalking keserata blog dan aku akan follow dorang dan nak dorang follow aku balik,takpe janji follower aku ramai”
situasi 7.
“aku follow blog dia sebab dia ada buat contest then dia wajibkan peserta menjadi follower blog dia..aku followlah..mana tahu menang”
situasi 8.
“ni blog kawan aku ni..alahh..best ke tak best aku follow je..nama pun kawan..follow je lah”
situasi 9.
“Dia ni tak sudah2 paksa aku follow blog dia..datang kelas suruh follow blog dia,pergi makan suruh orang follow blog dia..menyesal aku bagitahu dia aku ada blog.”
situasi 10.
“Blog ni ownernya sangatlah cun@kacak..cerita merapu pun takpe,aku follow juga sebab aku suka tengok gambar comel kau yang kau upload kat setiap entry kau..”
situasi 11.
Blog ni sentiasa update perkembangan semasa..kalau aku follow dia dah serupa macam baca paper..follow lah”
situasi 12.
“budak ni baru tulis blog ni..aku nampak dia ada bakat dalam blogging..sayangnya follower dia tak ramai..follow je lahh..tanda aku support dia”
situasi 13.
“blogger ni selalu rajin komen blog aku,rasa macam bersalah kalau aku tak follow dia balik..follow lahh..”
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*anda didalam situasi yang mana??jujur..
*apa pendapat anda dalam situasi2 diatas?
*saya bukanlah blogger yang hebat..hanya meluahkan pendapat.
*anda terasa?saya mohon maaf.ini cuma pendapatasi saya sahaja.