Arakian ini,semua orang ada facebook..lagi dah dua entry Sendra buat pasal Facebook..memang dah macam fenomena dah benda ni..Siapa yang tak kenal apa itu facebook layak dapat anugerah TAKHD..(Tak Ambil Kisah Hal Dunia) lahh..
Entry Sendra sebelum ni tentang Facebook;
Dalam hal buat duit dari Facebook ni,nak kata benda tu lama,tak lah lama sangat,nak kata baru,tak lah baru sangat juga..rasa ramai juga yang dah tahu..sekarang boleh buat duit melalui Facebook!!Modal 100 income cecah ribu riban babe!!macamana tu??

Sebelum ni dah ramai kawan2 aku dalam Facebook ajak join benda ni..namun disebabkan entry dari Starrocker tentang “mahu menjana wang tanpa bekerja (minda orang kita)“benda tu sedikit sebanyak menyedarkan diri aku sendiri tentang income macam ni..
Tapi,bila fikir2 balik tentang hal ni,kalau betul lah bila tengok testimonial nya,memang ramai yang dah berjaya..maksudnya benda ni memang bukan scam lah ye?lagi bila kita fikir balik,memang betul pun,aku sendiri menghadap Facebook ni nak dekat 24/7..

Antara yang menawarkan sistem ini!

Fakta: Melalui http://www.checkfacebook.com/ ,aku dapati dekat situ dia dah buat analisis seramai 236,840 pengguna Facebook dari Malaysia,dan itu menyumbang sebanyak 7.43 % pengguna dari negara sedunia..Rasa macam rugi juga kalau tak join benda ni kalau benda ni dah sah benar..Korang rasa macamana??
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*sekarang makin bijak cara orang buat duit..takde SPM pun boleh kaya kan macam tu?
*derr..bukannya senang nak senang,bukan susah nak susah..

 ******************************************
 *updated* 7 June2010

*aku kini dah dapat jawapan bahawa sistem ini hukumnya adalah HARAM!!baca ini.