Sebut Facebook semua orang kenal,tapi kalau sebut Myfriends2u??Ramai yang tercengang rasanya kan??Myfriends2u ialah sebuah laman sosial yang sangatlah persis dengan Facebook,bezanya ialah ia merupakan laman sosial yang dihasilkan oleh syarikat tempatan,Nexpert SDN. BHD.
Apakah perbezaan interface Facebook dan Myfriends2u ini??Tiada perbezaan langsung pun..aku pun baru je daftar dan amati laman sosial ni,memang persis lah..saling tak tumpah pun macam Facebook.Lihat gambar di bawah ini;

Interface facebook.
Interface myfriends2u.
Entah,aku rasa macam takde beza je.Berdasarkan info sumber dari Berita Harian Online(klik)..menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek,beliau yakin laman sosial ini mampu mendapat sambutan ramai kerana:
  • ia lebih berwajah Malaysia.
  • mesra pengguna.
  • memenuhi citarasa generasi muda.
Beliau juga berkata,”untuk itu, laman berkenaan juga akan menjadi platform atas talian bagi golongan belia untuk bertukar idea, menjengah peluang pekerjaan dan membina perniagaan sendiri.”..jadi macamana mesranya myfriends2u ni,macamana berwajah Malaysia nya tu,trylah..http://www.myfriends2u.com/.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*pada aku Facebook je dah cukup lah aku nak biarkan privacy aku dah tak berapa privacy..
*tapi sebab benda ni rakyat Malaysia yang buat,apa salahnya kita support kan??macam takde beza je pun dengan Facebook.
*dari sibuk2 nak fikir Facebook yahudi punya,haa,ni ada Malaysia punya,apa nak pening lagi?
*try it…nampak sama je..kalau dah buat account,sudi2lah add aku ye,http://www.myfriends2u.com/Sendra/.