Rasa dah lama tidak membuat entry bergambar ni kan?Entry kali ini nak mengulas tentang gambar yang menggambarkan perihal 5 tahap kehidupan seorang blogger..Hal ini mungkin benar dan mungkin juga ada silapnya..takpe,just for fun.Enjoy lah ye.
Masa peringkat ini,masih baru-baru lagi..Orang ada blog dia pun nak ada blog.Kalau ditanya,kenapa kau buat blog?jawapan tak lari mesti kata “suka-suka”,ada yang direct to the point “buat blog sebab nak kaya macam redmummy!”Amboi kau..
Masa ni tak tahu apa-apa lagi..kurang mengerti market diri dalam blogging ni lagi..tengok Hanis Zalikha cerita pasal hal pribadi boleh famous,dia pun nak juga.Padahal hal pribadi dia takde orang nak kisah..yelah orang tak kenal lagi.Lepas tu segala widget nak di letak.Lagu autoplay pulun haa,siap ada playlist lagi.
Selepas itu,mungkin sudah mula mengerti istilah blogwalking,segala blog disinggah,sudah pandai berinteraksi sesama blogger yang lain,cerita yang dikongsi sudah mulai mendapat feedback.Kalau ada comment moderation,dapat satu comment baru pun bukan main melompat haa..
Time tu dah rasa best..dah mula sangap blogging..Follower sudah mula bertambah..dah rasa kewujudan diri tu dalam dunia blog ni mula disedari semua.Kadang2 tu dapat comment padahal orang tu comment tangkap muat je..setakat “nice entry”..amboi,nak jadi mesra readers punya pasal pulun jawab berjela2..
Lepas dah mula dikenali dalam alam maya,ada gathering blogger ke,dah mula pandai join,dah mula pandai nak kenal2 blogger lain di alam nyata..dah mula bersua muka,dah ada geng sendiri lah senang kata..lagi kalau dah mula main dengan “Blogger Help Blogger”..
Hidup mula best jadi blogger..tulis lah apa entry pun,kawan2 blogger lain akan support..apa kau perlu buat just memberi pulangan yang sama kepada blogger itu..Support!Dari situ jaringan kenalan kau bertambah.Dah mula bertukar2 no telefon..malam2 webcam..haha.
Sampai ke peringkat ini,nama kau dah mula dikenali..mana2 blog ada saja orang buat backlink untuk blog kau..Cek dekat refferals traffic datang dari mana,berderet2 url blog lain yang letak backlink atas entry kau..Kau semakin femes..(tengok dah pakai speck tu tanda dah femes lah ye?)
Dari situ kau akan mula mendapat ramai sangat2 kawan dan juga ramai sangat2 musuh..ala,orang2 yang benci2 ni biasanya orang yang iri hati je..lepas tu penakut sebab selalu guna annonymous,tak pun kutuk2 tak letak link.Kau mula mendapat perhatian ramai.
Ni dah kategori kau hampir mati kepenatan blogging ke apa entah..Kau dah penat sangat mendapat perhatian ramai,padahal kau cuma duduk depan laptop kau,cerita pendapat kau je..tapi bila dah mula ramai sangat perhatian dan kutukan,atau mungkin diri itu sudah tidak berdaya lagi menulis apa2..babailah blog.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*korang rasa korang di peringkat yang mana satu??
*aku yakin aku berada diperingkat no 2..tak 2 satu..antara dua tu je lahh..
*entry ini just for fun..maaflah kalau ada yang terasa hati ke apa2 ke eh..peace!
*kredit untuk Nadzihah membenarkan saya repost entry ini.