Seunik namanya,begitulah uniknya blog milik Kak Tash seorang ni.Siapa tak kenal dengan owner blog yang url mula dengan huruf ‘O’ ini?Namanya semakin lama semakin dikenali blogger-blogger semua..Seorang yang sangat periang dan sangatlah happy go lucky..Kenapa eh saya suka sangat baca blog ini?
Tahu tak apakah antara rahsia untuk membuatkan kita merasakan diri kita dihargai oleh semua orang disekeliling kita?Apa yang saya pelajari dari personaliti Kak Tash yang saya kagumi ialah,beliau seorang yang sangatlah menghargai setiap yang ada disekelilingnya.
(simbol penghargaan)
Sepanjang saya mengenali Kak Tash ni,dia bijak mengatur bicara dan membuatkan orang yang mengenalinya terasa sangatlah dihargai.Baru-baru ini,Bean Moreno ada menulis satu entry berkenaan Metafizik : perlunya memahami diri sendiri.Saya suka entry metafizik dari dia.
Saya dapat menyimpulkan,setiap apa yang ditulis oleh bean dalam entry itu secara tidak sengaja sudah diaplikasikan oleh Kak Tash didalam entry2 dia.Dari hemat saya,pembaca akan dapat menyelami jiwa Kak Tash ni dengan berkesan melalui entry2 di dalam onetasha.com
Siapakah Kak Tash?
Yang pakai tudung meow-meow itulah Kak tash bersama hubby dia,Abang Wan ganu tu..Dah dua kali saya bersua muka dengan dua orang ni,mereka sangatlah happy go lucky dan sangatlah heboh bila bersama dengan mereka ni..baru jumpa dah macam lama kenal sudah.
Apa yang membuatkan saya memilih blog onetasha.com sebagai blog pilihan Kueh Tart ialah;
  • Kisah hidup kak tash yang sangatlah mendalam dan menusuk kalbu selalu ni..bila bab entry sebagai medan luahan perasaan dia di publish,terserlah semua naluri kewanitaan dia.
  • Tidak seperti entry luahan perasaan biasa lain,entry dari Kak Tash tidaklah membosankan,sebab dia bijak menyusun kata dan semuanya tulus dari hati dia.
  • Perkongsian ilmu yang sangat berguna dan menambahkan pengetahuan bersama.Saya suka bila dia buat entry2 contoh macam terbaru,entry makanan kegemaran Rasullullah.sangatlah informatif.
  •  Seorang yang sangatlah aktif mengikuti aktiviti2 anjuran nuffnang.Kita yang tak pergi terasa macam berada dalam event tu tw melalui laporan lengkap Kak Tash.
  • *updated 8june 2010* Sama2lah kita doakan semoga Kak Tash tabah menghadapi dugaanya..baca entry ini.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Semoga Kak Tash akan menimang cahaya mata yang sihat dan sempurna ya!
*Jomlah sama2 kita memeriahkan lagi blog Kak Tash kita ni.
*Kepada Kak Tash; sijil gatsby street fair saya pegangkan dulu ye!