Pernah tak korang duduk2 sorang2,lepastu bila otak dah mula kosong dah tak tahu nak buat apa,lepas tu banyak kenangan2 lama tiba2 menjelma di benak ingatan kita.Kalau cerita yang datang tu boleh diulang takpe,ni semuanya benda yang dah lepas.
Okey,cerita kenangan ni terbahagi kepada 2 iaitu cerita best dengan cerita tak best.Antara dua2 kenangan ni,dua2 aku tak suka sebab:
Kenangan Pahit:
Bila kau teringat kenangan sedih,kau akan terasa kau bersyukur dah lepas dari zon masa itu,tapi benda ni akan jadi tak best bila kau terasa macam,banyak benda yang kau rasa nak betulkan masa itu tapi tak boleh sebab benda tu dah lepas.Masa tu terasa betapa bodohnya diri ini.

Kenangan Manis:
Bila kau teringat kenangn manis,memang kau akan tersenyum sorang2..tapi aku tak suka juga bila teringat kenangan manis,sebab aku tahu ia tak akan berulang lagi.Kenangan manis memang boleh buat kita tersenyum,dalam masa yang sama ia melukakan,kerana ia hanyalah kenangan.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Aku ada second Blog,blog suka2 je..harap sudilah bertandang ye ke blog itu.. http://kuehtart.tumblr.com
*Kalau nak mudah,dekat atas shoutbox ada button Tumblr itu,just klik disitu.

*Hari ini,21 May merupakan tahun ke 30 usia game klasik Pacman..masa kecik2 dulu,seronok main game ni kat pc..dulu paling canggih ada window 98..still game2 dia macam pacman lah..

(ni game packman di dunia realiti kononnya)
Apa yang membuatkan aku teruja pada google hari ini ialah,pada startpage dia,tak sangka mereka menukarkan logo google dengan interface pacman..aku ingat sekadar gambar gitu je..sekali ada bunyi2..rupa2nya boleh main game tu..sumpah aku teruja..
(siap boleh main,dan siap ada bunyi lagi)
Dia kena tunggu beberapa second,then bolehlah main game tu bila monster2 tu semua mula bergerak..sumpah aku teruja sebab macam kembali ke zaman silam..hurm..kata kenangan tak boleh dikembalikan..tapi sekarang terkenang macam masa kecik2 main game ni,dan sekarang aku tak henti2 main game kanak2 ni..

 Google terbaik lah!!Ada insert coin lagi.