Dewasa ini,kedai makan ada dimana2 sahaja kan?Tinggal cari sahaja yang mana yang berkenan,ada duit,order lah apa kau nak makan then siap makan tinggal je tak perlu basuh2 pinggan apa semua macam dekat rumah.Tapi persoalannya disini,adakah semua kedai makan itu bersih dan halal?
Entry yang sebelum ni,sengaja aku bercerita mengenai aku suka makan di mapley.Tapi dalam mencari mapley ataupun mana2 restoranlah,macamana kita nak pastikan restoran itu adalah bersih dan benar2 halal??kenapa aku cakap halal?Sebab kalau kita waspada,sebenarnya ada sahaja mapley yang dimiliki oleh hindu yang menyamar sebagai muslim.
Kita (baca : kepada yang beragama islam) haruslah berwaspada dengan hal ini.setakat memakai kopiah,itu tak bermakna mereka ni benar2 india muslim.Ada yang menyamar sebenarnya.Jadi,tips dari aku macamana nak detect mereka ni muslim atau tidak ialah ; 
Tanya ada masakan berasaskan daging lembu tak?
Tapi janganlah korang lurus bendul sangat tanya macam tu..pusing2lah sikit..tanya ada kari daging tak ke?nasi goreng daging ke..So kalau mereka ini adalah fake punya mamak,mereka akan kata takde..Yelah,takkan depa nak masak tuhan mereka kan?hhaaha…Trapped!
(sedapnya rendang daging)
Okey,itu untuk trap mapley tu halal atau tak..satu point je yang aku bagi sebab tu je yang aku tahu.okey next,macamana pula nak detect restoran yang bersih atau tidak.Sekarang sangatlah susah nak mencari restoran yang bersih.Yang kotornya bersepah2..so here we go tips dari Sendra;
Cek tandas didalam restoran mereka.
Oi,kenapa tandas eh?kenapa kita mesti cek tandas pulak?kita datang nak makan bukan nak lepaskan hajat..Okey,the reason aku cakap toilet ialah,kalaulah toilet mereka pun mereka tak jaga,apatah lagi masakan mereka?tak mustahilkan makanan mereka pun kotor.Kalau toilet pun bersih dan terjaga,haa,means bersihlah restoran itu.
Order air kosong.
Kenapa aku cakap order air kosong?sebab dari situ kita boleh detect 2 perkara dari restoran tersebut iaitu:
  1. Pantas atau tidak servis layanan dari restoran itu?kalau order air paling mudah pun lembab,belum lagi korang order laicikang segala nanti kan?
  2. Kebersihan cawan (baca : dalam erti kata lain pinggan mangkuk mereka) dapat kita perhatikan.Air kosong tu kan warnanya jernih.dari situ kita boleh detect tahap kebersihan cawan itu..kalau ada coklat2 ke apa,baik beredar segera.
Memang susah nak cari kedai makan yang bersih sekarang.Tapi tak salah kan kita mencari?Kita ada hak sebagai pengguna.Owh,nak bagi tips tambahan.Macamana nak detect masakan kedai tu sedap atau pun tidak??Cek meja2 customer lain..kalau kebanyakan orang yang makan kat situ tak habis,maknanya tak sedap lah kedai makan tu.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Ingat,customers always right tw!!
*Err,boleh pakai ke tips aku ni??haha..kalau boleh tahniahlah.
*hari ini je aku dah ter mengidam macam2 makanan,semua gara2 blogwalking orang cerita pasal makanan..haihh.