Seperti apa yang diwacanakan pada tajuk itu sendiri,aku pasti semua orang yang menulis blog pasti ada pembaca setia mereka kan?Tak ramai at least seorang pun mesti ada.Takde sesiapa pun at least mesti diri sendiri yang minat kat blog sendiri.
Sempena 29th May hari ini bersamaan dengan tarikh lahir dia,apalah salahnya kan aku membuat tribute tentang penyokong no satu blog Kueh Tart ini.Dimana dia tidak pernah pun terlepas walau satu entry pun dari awal aku menulis di blog ini.Siapakah dia?

Tadaa..terkejut ke??haa,inilah penyokong no 1 blog aku,Puan Norzila bt Muslim.Aku rasa dah lama jugalah aku kenal dia ni.Dia ni lah orang yang menemani aku time susah senang aku.Apa yang aku nak buat biasanya dia akan support..walaupun kadang2 benda tu macam impossible,dia tetap akan sokong aku.
Sempena hari ulang tahun kelahirannya kali ini,aku takde pun nak belikan sebarang hadiah macam sebelum2 ni.Tapi kali ini aku memberikan dia hadiah yang aku buat sendiri,walaupun benda ni macam takde kena mengena dengan dia,tapi ia sangat meaningful pada aku.
(seratus peratus buatan tangan sendiri..tahniah Sendra)
Aku tak tahu ada ke orang yang benar-benar menyokong blog aku selain insan seorang ini.?Tidak kira apa pun yang aku tulis,aku yakin dialah yang akan membacanya walaupun sekadar menjadi silent reader.Tahukah anda macamana rasa dihargai bila mempunyai penyokong blog sendiri?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Thanks emak sebab selalu menyokong saya.
*Terharu tengok laptop mak dekat web search history penuh kuehtart.com..
*Happy 44th birthday..mak belum tua lagi..hehe..semoga panjang umur,bahagia selalu, dan dikekalkan jodoh dengan abah sampai bila2.
Advertisements