Acapkali kita terbaca di dada akhbar negara ini,heboh bercerita tentang rakyat Malaysia ni kaya dengan budi pekerti,kerajaan giat mempromosikan budaya rakyat dinegara ini sangat berbudi bahasa.Persoalannya,jika kita mempersoalkan,Adakah semua rakyat Malaysia Peramah dan berbudi pekerti tinggi?Jawapannya sudah pasti TIDAK.
Aku tertarik dengan satu soalan survey didalam website Youthsays yang bertanyakan hal ini.Bukan aku nak protes pasal rakyat Malaysia ni berbudi pekerti atau tidak,cuma dalam soalan tu jelas dia tanya,adakah SEMUA Rakyat Malaysia,aku rasa memang terang lagi bersuluh,ramai menjawab TIDAK.

Amnya memang ramai bersetuju dengan hal ini.Tentang iklan2 kononnya rakyat Malaysia ni berbudi pekerti tinggi,peramah apa semua tu kalau nak tunjuk kat pelancong asing bolehlah,tapi selaku rakyat negara ni sendiri kalau tengok iklan2 itu,aku sendiri rasa macam malu.
Sebab apa?Banyak perkara yang berlaku disekeliling kita,pergi mana pun ada je jumpa segelintir orang yang sumpah macam takde tahu budi pekerti ke apa entah.Pergi makan jumpa orang macam tu,nak naik LRT pun jumpa org macam tu.etc.
cehh..
Natijahnya,aku rasa negara ini tidak perlu nak selalu heboh2 pada orang luar kononnya kita ni sebuah negara yang sangat kaya dengan rakyat yang berbudi bahasa,berbudi pekerti apa semua,walhal rakyat sendiri nampak kekhilafan yang tak boleh disangkalkan lagi ini.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Rasa nak je cerita semua contoh yang pernah aku alami,yang sangat membuktikan rakyat Malaysia ni memang tak semua bebudi pekerti sebenarnya.
*Geram.