Aku tahu kalau orang baca tajuk entry tu tanpa aku letak bantuan gambar di bawah,korang akan tertanya2 kan siapa je lah nama budak cina yang aku nak ceritakan ni..Tengok gambar tu,mesti korang ingat kan cerita kungfu2 yang ada dua budak kecik yang sorang power gila pastu sorang sidekick yang gemuk tu?Yang gemuk tu lah Kok Siu Man!
Spek itu cool okey!.
Aku masih ingat lagi kecik2 dulu,kalau cakap pasal cerita cina,aku suka cerita mesti nak ada yang kungfu2,mesti nak ada hantu yang lompat2 lepas tu tampal kertas kuning jadi keras tu,tak pun ada cina gemuk ni baru aku kata best!Kalau ada kat tv iklan cerita ni,memang tak nak miss lahh.
Kalau korang ingat lagi,banyak cerita budak gemuk ni berlakon mesti ada dengan partner dia yang kira power  punya tak macam dia gemuk pemalas.Haa,yang kurus power tu nama dia Sik Siu Lung rupanya.Gabungan dua budak ni memang mantaplah kiranya zaman cerita kungfu budak kecik ni dulu.
Aku selalu gelak besar kalau tengok Kok Siu Man dalam cerita Shaolin Popey tu..Ada saja babak2 selekeh dia,kencing lah,kentutlah apa semua..hati kering je..lepas tu kalau kena denda,mesti nak kena sebat bontot..selamba je dorang tayang botot. Nak download cerita Shaolin Popey?ni linknya.
Shaolin Popey 1.   Part1, Part2.
(Password : fuiyo.org)
 Shaolin Popey 2.   Part1, Part2.
(Password : fuiyo.org)
Yang ini tiada subtitle.Download subtitle disini.
Lepas aku teringat cerita ni aku terfikir,macamanalah budak dua orang tu sekarang??mesti dah besar dah lain apa semua muka dorang,dah ada anak ke apa semua ,Kok Siu Man dah kurus ke,sekali bila aku google2,sangkaan meleset.
Cehh,beza cuma dah ada rambut je,dah tinggi sikit lepas tu pakai spek..muka badan apa semua lebih kurang je lagi.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*gambar itu diorang kata diambil pada December 19, 2008 di Taipei..
*Kalau masa kecik diorang berlakon selekeh2 tayang bontot apa semua okey fine,comel..tapi kalau dah besar camtu buat perangai yang sama..memang nak kena.
*credit to fuiyo.org