Sebelum aku berceloteh panjang ni,apakah itu perut maju ke depan (PMKD)??PMKD ialah suatu masalah dimana siapa yang mengalaminya akan mempunyai simptom perutnya akan jauh maju ke depan dari bahagian badan yang lain,atau dalam erti kata lain perut buncit lahh.
Perut maju ke depan.
Perkara orang mengalami masalah PMKD di masa usia tua standard lah kan?tapi kalau tengok kawan2 muda2 dah PMKD,sayang seyh,hilang stylo diri tu.Jadi,sebab aku rasa kali ini nak kongsi sikit apa yang aku dapat lepas buat research sikitlah cara mengatasi masalah PMKD ni.Ok here we go~
Pemakanan.
1) Minum banyak air.
Ada orang berpendapat,minum banyak air lah puncanya.Tapi sebenarnya fakta itu adalah SALAH sama sekali melainkan air yang kau minum tu ialah arak.Sebenarnya,semakin banyak kita minum air lebih elok rupanya sebab ia dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh.
 (air masak adalah 0 kalori dan manusia memerlukan 8 gelas air sehari.Itu fakta okey!)
2)Waktu makan sila steady je.
Dalam erti kata lain makan slow2 lah.Nabi pun ada ajar kalau makan kunyah biar sampai 40 kali.Benda ni memang ada baiknya.Aku sendiri amalkan,makan jadi tenang je tw.keburukannya ialah kalau makan luar dengan kawan2 semua orang dah habis makan aku sorang baru makan setengah pinggan.Lepastu semua buat muka bosan tunggu aku.
“Biar lambat asalkan tidak PMKD.”
3)Makan banyak buah-buahan dong!
Benda ni kalau duduk dengan parents selalulah dapat,kalau duduk rumah sewa@hostel?heshh..tapi itulah fakta,makan banyak buah boleh mengelakkn masalah ini.Macam kalau tengah malam terjaga,lepas tu perut lapar,haa,better makan buah dari kau pergi mapley order roti canai.
Cuba cari gambar kelapa buat santan tu..pagi2 makan santan pun boleh dong.
Penjagaan fizikal.
1)Berkawat lah setiap masa.
Jangan kau lurus sangat ikut apa aku cakap suruh kawat.Tadi aku buat research ada satu forum tu,orang tu cakap tentang posture berdiri time kawat.yang shoulders back, chins up and stomach in!!haa..posture tu sebenarnya kalau diamalkan selalu dapat membantu mengelakkan PMKD dan juga bongkok.
Takde seorang pun yang PMKD.
2)Lakukan banyak senaman.
Benda ni tak payah cakap pun takpe sebenarnya..patut ni letak atas sekali..tapi macam common sangat..tapi itulah fakta,.nak elak PMKD,rajin2lah exercise.at least lepas makan berjalanlah sikit.Kalau blogwalking boleh tahan,kalau nampak jarak dah berapa kilometer entah kau BW,ni untuk badan,kenalah jaga juga dong!
Tabiat (bukan buang tebiat)
Okey yang ini simple.Jangan tidur selepas makan,lepas 1 ke 2 jam baru boleh,jangan mandi selepas makan (yang ini tidak diketahui auta ataupun fakta?),paling penting,jangan suka ejek orang punya perut boncit, nanti balik kat diri kau sendiri.padan muka.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*pheww,nasib baik aku tidak PMKD.sebab tu selamba boleh kongsi tips.
*entry ini tidak ditujukan khas kepada sesiapa.harap jangan terasa.