Setiap individu mempunyai versi perspektif sendiri.Itu memang tidak dapat nak disangkalkan lagi.Lain padang lain belalang,lain orang lain pandangan.Wacana ini,individu yang mempunyai blog masing2 tak ubah macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Itu memang tidak dinafikan dan tidak salah pun.Setiap modal insan berhak meluahkan apa yang mereka rasa,berkongsi apa yang mereka tahu,dan bercerita apa yang mereka alami.Terpulang pada masing2 nak menulis tentang apa pun.Tiada siapa akan marah (melainkan kau menyentuh sensitiviti orang lain lah).

Genre bagi penulisan blog sangat luas.Kau nak cerita pasal personal kau ke,kau nak cerita pasal masakan ke,pasal agama ke,automatif segala semua orang suka.Paling jelas nyata yang dapat market tinggi bila kau cerita pasal tips blogging atau trafik atau nuffnang segala.
Kadang2 yang bagi tips tu pun bukan betul sangat.Follower dengan visitor pun tak tahu beza,tapi ikut suka kau lah kau nak kongsi ilmu kau kan?takde siapa nak marah.Macam kalau yang cerita personal terlampau personal sangat macam sengaja bagi orang stalk diary dia ke apa,buatlah,takde siapa nak marah rasanya.

Benda bila jadi sangat2 aku menyampah bila kau mula fikir blog kau ,kau punya suka tu..Aku memang sangat menyampah dengan blogger macam tu.Dari situ dah nampak bibit kau punya sombong dengan semua orang rasa hebat apa semua tu.Ia sangat annoying okey.

Itu namanya SOMBONG.
Itu termasuk dalam jenis2 orang yang tak boleh langsung nak terima nasihat orang kadang2.Blogger jenis macam tu,baik dihindar jauh2.Sebab orang macam ini tidak akan malu untuk menjual  nama sesiapa dengan harga yang sangat hina.Percayalah.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Hidup ini sementara sahaja,tidak rugi kita merendah diri sesama kita.Sedarlah,siapa sahajalah kita di dunia ini.Tidak perlu menyombong diri.
*Menjadi penulis blog tiada apa yang boleh dibanggakan.Jangan perasan bila sudah memiliki blog dah rasa diri tu cendikiawan ahli fikir ke apa sudah.
*Ayat sinonim “blog aku,aku punya suka” ialah “ada aku kisah?”..sangat berlagak ayat itu.
*Rujuk semula entry lama kita,dimanakah tahap kita?
*blogging untuk mencari kawan,bukan musuh.
*tidak setuju?sila bagi sebab kenapa.

*updated 22 June 2010*

Baru2 ni melz dari melromeo.com ada buat entry yang bertajuk Pesanan & Teguran Blogger kepada Blogger! Guess what,aku bersertuju dengan semua point yang dia sampaikan.Entry tu rasanya boleh jadi jawapan kepada persoalan yang aku kemukakan di entry ini.Check it out!.

Baru2 ni juga aku mendapat pendedahan entry dari blogzoro.com…dia membincangkan apa yang dia pelajari dari kisah seorang wartawan yang menyakiti hati ramai pihak melalui penulisannya..aku harap kita semua boleh sedar apa yang kita lakukan setiap kali membuat entry. baca entry Meruntuhkan keegoan.