Saja-saja bongkar album lama yang ada dekat rumah ini,tiba-tiba terjumpa satu gambar.Gambar yang sangat nostalgia dan berharga aku kira untuk keluarga aku.Dan aku terjumpa gambar atuk dan nenek aku masa diorang baru-baru berkahwin dulu.
Gambar ni memang sangat lama rasanya.Itu kalau tengok betul-betul atuk aku pakai sokok tinggi,yes,memang Johor sejati lah dan kalau tengok muka nenek aku,wow boleh tahan juga rasanya cantik muka.Tengok orang dulu-dulu,bergambar sopan je.keh3.
Lepas tu kalau tengok dekat belakang gambar tu,ada satu macam ungkapan ke apa eh?Dia macam satu perjanjian atau mungkin harapan yang diletakkan pada hubungan mereka berdua.Dan ayat tu sangat ayat melayu lama,ringkas tapi membawa makna yang mendalam rasanya.Ayat apa?
Kaseh dan sayang
Saban2 masa. 11.6.49

Ceh aku baca tu tiba-tiba macam termasuk cerita zaman 60an juga,lepastu terngiang2 gurindam jiwa,lepas tu semangat cari kat youtube.Meh kita layan sama-sama,macam seolah-olah balik ke zaman dulu,bagi ambil mood sikit eh.
Lepas tu aku terbayang macamana agaknya mereka boleh bersama,macamana agaknya mereka bercinta dulu..ada ke main balas-balas surat,ketuk-ketuk botol nak ajak dating segala..keh3.Apa-apa pun,tanpa pertemuan mereka takkan ada blog kueh tart ni..(kalau aku tak lahir macamana nak ada dong?)
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Alfatihah kat arwah atuk dan nenek.Masa kecik aku sangat manja dengan nenek aku ni.Adik beradik mak aku ada 9 orang,semua cucu-cucu nenek akan berebut nak nenek kesayangan mereka ini.hak3.
*Agak2 korang tahu macamana agaknya atuk dan nenek kita bercinta dulu?tak payah mesej2,tak payah webcam2,tak payah facebook segala..cehh.
Advertisements