Latest Entries »

Wacana ini,menjadi perbualan dan topik-topik hangat dimana sahaja termasuk di kedai-kedai kopi bercerita tentang masalah-masalah dalam kalangan modal insan yang macam harga diri ini sudah tiada makna pada mereka.Mungkin mereka kurang tahu apa itu harga diri.
Berpakaian serba mewah,barang berjenama serba mahal menjadi trend masa kini.Eh,tahu pula ada nilai citarasa yang tinggi pada material luaran itu,tapi bercakap hal harga diri?Entah apa itu harga diri pun dia orang tak tahu rasanya.Tak malu.Aku tak fokus hal ini kepada golongan muda sahaja okey.
Adakah ini kerana kita sentiasa didedahkan dengan anasir-anasir barat?Aku sendiri jadi malu bila tengok ada segelintir orang yang disekeliling aku yang seolah-olah macam takde harga diri dan maruah.Usah aku dedahkan siapa orangnya,cukuplah kalau korang faham situasi ini.
Lagi yang aku tak faham ialah isu tua tak sedar diri.Sangat annoying okey melihat orang yang dah kategori sepatutnya akal jauh lebih matang dari kita menggedik tak sedar diri.Annoying.Apa perasaan kau kalau tengok orang tua dah kawin lepas tu kerja bercakap hal seks je dengan semua?Orang tua gatal.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Lu fikir sendiri.
*Wake up lahh!Stop whining.
*kalau bercakap hal seks tapi ada point@ilmu disitu takpe,ini hampeh..penuh hal otak blue dia je.
Dalam menongkah pascamodenisme yang kian meningkat dari semasa ke semasa,kepentingan duit memang tidak dapat disangkal sama sekali.Sampai Kalau diberi pilihan sejuta dollar ataupun sejuta kawan,mana kau pilih? ramai yang jelas menjawab nak sejuta dollar.
Memang betulkan pendapatasi semua,duit memang sangatlah penting,kalau kau poyo cakap “alahh duniawi semua tu”,tengok kau kenapa kusut time takde duit??Okey tolak tepi hal itu..sekarang kita bincang jom tentang gaya hidup marcapada orang yang gemar menghabiskan duit.
Orang habiskan duit pada banyak benda.tapi dalam topik kali ni aku fokuskan pada dua.Pada makan ataupun barang.Maksud aku habis duit pada makan ialah kau makan bermewah2an manakala habis duit pada barang pula kau bershopping tak ingat dunia.
Ada orang berpendapat,hidup cuma sekali,jadi masa ni lah kita nak makan semua makanan sedap-sedap..nanti time takde duit takdelah sibuk nak mengidam macam-macam.Tapi orang kedekut makan akan kata “membazirnya..semua tu nanti akan jadi taik juga..tak nampak”
Pada orang yang suka bershopping sakan pula,mereka berpendapat kalau berhabis duit pada barang,kita akan nampak apa yang kita belanjakan dan benda tu boleh diguna pakai.Tapi sanggup ke kau pakai mewah tapi ikat perut makan maggie hari2?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Isu perbelanjaan ni memang kalau difikir-fikir macam-macam pendapatasi akan keluar.
*Apakah pendapat anda?mana kau prefer weyh,habis duit pada makanan ataupun barang keperluan??
*Taknak jawapan lebih kurang kau nak seimbang..dalam kuehtart sila jadi seorang pembaca yang tamak ye!!
*Pilih satu je.Aku pilih makan.hehe
Seperti apa yang diwacanakan pada tajuk itu sendiri,aku pasti semua orang yang menulis blog pasti ada pembaca setia mereka kan?Tak ramai at least seorang pun mesti ada.Takde sesiapa pun at least mesti diri sendiri yang minat kat blog sendiri.
Sempena 29th May hari ini bersamaan dengan tarikh lahir dia,apalah salahnya kan aku membuat tribute tentang penyokong no satu blog Kueh Tart ini.Dimana dia tidak pernah pun terlepas walau satu entry pun dari awal aku menulis di blog ini.Siapakah dia?

Tadaa..terkejut ke??haa,inilah penyokong no 1 blog aku,Puan Norzila bt Muslim.Aku rasa dah lama jugalah aku kenal dia ni.Dia ni lah orang yang menemani aku time susah senang aku.Apa yang aku nak buat biasanya dia akan support..walaupun kadang2 benda tu macam impossible,dia tetap akan sokong aku.
Sempena hari ulang tahun kelahirannya kali ini,aku takde pun nak belikan sebarang hadiah macam sebelum2 ni.Tapi kali ini aku memberikan dia hadiah yang aku buat sendiri,walaupun benda ni macam takde kena mengena dengan dia,tapi ia sangat meaningful pada aku.
(seratus peratus buatan tangan sendiri..tahniah Sendra)
Aku tak tahu ada ke orang yang benar-benar menyokong blog aku selain insan seorang ini.?Tidak kira apa pun yang aku tulis,aku yakin dialah yang akan membacanya walaupun sekadar menjadi silent reader.Tahukah anda macamana rasa dihargai bila mempunyai penyokong blog sendiri?
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Thanks emak sebab selalu menyokong saya.
*Terharu tengok laptop mak dekat web search history penuh kuehtart.com..
*Happy 44th birthday..mak belum tua lagi..hehe..semoga panjang umur,bahagia selalu, dan dikekalkan jodoh dengan abah sampai bila2.
Siapa kata pemilik blog yang mempunya perkataan melankolik ni orangnya pasti seorang yang sedih-sedih selalu?Kalau dah jumpa blogger bernama Aus ni,baru korang tahu macamana orangnya dan paling penting korang akan tahu juga kenapa aku pilih dia antara blog pilihan kuehtart.
Melankolik,kalau kita rujuk makna perkataan ni,ia membawa kepada pengertian secara general lah kan ialah Seseorang yang teratur, pemikir, pencetus idea serta sistematik dan akan memilih cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masaalah atau pekerjaan. Kalau boleh hendak 100% perfect tetapi jika tidak dia akan muram sepanjang hari.
Itu adalah definisinya secara general lah kot..ada juga ia membawa maksud seorang yang mudah tersentuh perasaannya (sensitive ) serta romantis.Aus,kau macam tu ke??Aus yang aku kenal memang seorang pencetus idea yang baik,dan paling penting,setiap apa yang dia fikir aku setuju hampir 100%!Adakah atas faktor usia kami??(aus tua sehari sahaja dari aku okey!)
Gambar ni dahlah tengah background kaler macam tu,kau buat muka gersang pulakkan Aus..haha..Ini lah dia ya semua,Mohd Firdaus Wahab,atau lebih mesra dengan panggilan Aus.Dia banyak tolong aku tentang coding2 HTML ni.dah dua kali juga aku lepak dengan dia.
Apa yang membuatkan saya memilih blog Ausmelankolik.com sebagai blog pilihan Kueh Tart ialah;
  • Aku tak tahu kenapa,semua yang dia cerita semua sama je macam apa yang aku fikirkan.sekali lagi aku pertikaikan,adakah ia kerana faktor usia?
  • Aku suka dengan gaya penyampaian aus ni..kreatif.Ada saja segmen2 yang dia reka..dan ia ada originaliti diri dia.
  • Penyampaian yang bersahaja.Tak makan dalam pun..
  • Up to date..dia ni lebih kurang sama macam Bean Moreno pada aku.mungkin memang benar kata orang dia ada scandal dengan Bean Moreno kot??

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Aus,11 Oct 1989.sendra,12 Oct 1989…hak2..kami muda lagi!

Sekarang,semua tak kira newbie atau pun yang dah lama menulis blog,bila minta tips macamana nak best kalau blogging,pandai je bagi tips “rajin2 lah blogwalking,komen blog orang apa semua” ..macam skema jawapan je pulak dah..Tapi bukan tu yang aku nak persoalkan disini.
Apa yang aku nak persoalkan disini ialah,kenapa kau komen sesuatu blog itu?mesti ada reason kan??benda bukan wajib tapi kenapa kau komen entry blog orang?Aku tak nak bagi jawapan,sebab aku bukanlah seorang yang arif dalam hal ini,tapi aku akan bagi soalan semula.
Seperti entry Kenapa kau follow sesuatu blog itu? Aku akan klasifikasikan mengikut pandangan aku sendiri..maaf jika terdapat sebarang kekilafan ataupun sebarang rasa tidak puas hati akan apa yang aku akan bincangkan bersama disini.Aku akan bincangkan melalui contoh dalam bentuk monolog seseorang blogger..here we go.
Situasi 1.
“Entry yang dia tulis kali ni sangatlah bermakna.Terkesan aku selepas baca entry dia.Jadi aku komen apa yang aku rasa pada entry dia”
Situasi 2.
“Entry dia ni bercerita tentang pandangan peribadi dia.Aku juga punya perspektif aku sendiri.Jadi aku komen bagi meluahkan pendapat aku sendiri”
Situasi 3.
“Aku sumpah tak puas hati apa yang dia tulis ni.Tak faham topik ada hati nak tulis.meh aku komen kasi kau sedar sikit!!”
Situasi 4.
“Aku penyokong tegar blog dia ni.Apa2 entry dia merapu ataupun tidak,aku akan tetap komen..aku support kau sepenuh hati aku..!”
Situasi 5.
“Blogwalking setakat tinggal jejak kat shoutbox tak cukup.Meh aku topup kasi jejak dekat entry kau sekali.komen ala kadar sudah..komen ‘nice entry’ pun cukup”
Situasi 6.
“Aku blogger baru.Orang kata,sebelum kita menerima,kita kena memberi.Aku komen entry dia ni dengan harapan dia komen balik entry aku nanti”
Situasi 7.
“Dia ni blogger baru..tulisan merapu,tapi aku suka cerita2 dia.takpelah aku komen bagi support sikit supaya dia semangat nak terus blogging”
Situasi 8.
“Dia selalu komen entry aku..entry yang lepas2 pun semua dia komen..takkan aku nak pandang buat muka tak faham je kan apa yang dia nak?okey aku komen entry kau.
Situasi 9.
“Blogger help bloggers..kau tulislah entry apa2pun,aku tetap akan komen..nanti kang kau tolong komen entry aku balik”
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*anda didalam situasi yang mana??jujur..
*apa pendapat anda dalam situasi2 diatas?
*saya bukanlah blogger yang hebat..hanya meluahkan pendapat.
*anda terasa?saya mohon maaf.ini cuma pendapatasi saya sahaja.
*saya?semua diatas..(dah sah2 lah..kan aku yang tulis semua tu.)
Cerita kedai yang aku maksudkan bukanlah cuma cerita kedai kopi yang biasa2.Pernah dengar lagu “Cerita Kedai Kopi” nyanyian Malique feat Salam?Haa,lirik dalam lagu tu yang aku suka sebab ia mempunyai mesej tersirat dan aku setuju dengannya.
Okey,mari kita merungkai satu-atu rangkap yang terdapat dalam lagu ini.Aku akan ulas mengikut cara aku sendiri ye.Hayatilah bersama.

masing – masing ada masalah sendiri 

masalah dunia masalah peribadi

luahkan jangan simpan dalam hati 

boleh cerita di kedai kopi

Nampak keyword disitu?”luahkan jangan disimpan dalam hati“..Memang benar semua orang ada masalah..masalah dunia ke masalah peribadi ke.tapi tiada guna memndam.Baik di luah saja.Kita hidup tidak lama,diri kita miliknya jua.Memendam masalah bukan tanda kuat.itu tanda2 lemah.
ada satu hero melayu , 
namanya rahsia 

dulu lepak tepi parit kampung
 
sekarang lepak media massa
asal boleh masuk tv 
dia mesti buat 
awek tengok jambu 
laki tengok meluat 

Okey,dalam bahagian ni,kita janganlah fokus cerita ni pada orang di media massa macam yang disampaikan oleh Malique,Kita buat dia lebih general.Fokus pada siapa sahaja yang mulanya di bawah kemudia berada diatas.Siapa pun boleh nampak orang berubah kerana status.Siapakah dikau berlagak di muka bumi ini?
citarasa makin besar 
otak makin ketat
 
baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
jalan berkepak dengan awek romantis
biasalah budak baru nak naik jadi artis
Haa,yang point ini kita boleh fokus pada artis..”otak makin ketat“..memang aku suka ayat itu..Padahal SPM bi pun fail,time interview nak speaking dah macam bangla cakap melayu pun ada.Baru naik dah nak keluar dengan perempuan hot,padahal semua tu kaki kikis sahaja..aiyaa..

 “Anak Ikan”
jakun ke pelakon jamban 
ke makan malam 

dinner show menyanyi, 
sorang pun tak faham
tapi datin muda tengok geram dan sangkut
dato outstation, apa lagi angkut

Dalam bahagian ini,diceitakan  tentang perihal anak ikan lah..Nampak tak mesej tersirat dalam ni?Bila isteri dan tak hormat suami,sukahati je angkut lelaki muda..Padahal duit suami yang bagi,digunakan untuk berjoli,Dengan si anak ikan itu.Hinanya lah jadi anak ikan,isteri nusyuz?

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*bila ideologi memang semua akan diam..Biasalah tu.
*entry for fun menghiburkan hati.
*untuk pemahaman lanjut.

*apa pendapat anda?

Aku menerima satu berita seorang kawan aku telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.Tidak panjang usia arwah rupanya.Sebaik sahaja aku mendengar berita itu,aku hanya mampu memberi sedekah alfatihah untuk dia.Aku tengok profile facebook arwah.
Aku tengok,sudah ramai kawan2 dia memberi sedekah al fatihah kepada dia.Penuh wall itu dengan ucapan takziah dan al fatihah..Aku salah seorang dari mereka.Aku baca ucapan2 takziah dari semua,kemudian aku terfikir,bagaimana satu hari wall facebook aku dipenuhi dengan sedekah alfatihah juga nanti?

Aku terdiam tak mampu berkata..speechless..Aku jadi macam terbayang aku berada di situasi arwah.Semua nikmat dunia sudah tiada..Sudah pergi semuanya.seolah2 sekelip mata ia berlalu.Tiada lagi peluang untuk mengumpul bekalan akhirat.Cukup sekadar apa yang sudah diusahakan sepanjang riwayat hidup.
Aku jadi sangat takut..memang menjadi norma manusia takut pada kematian,cuma kali ini aku macam tersentak,dan terfikir jauh,bagaimana nanti?Sempat lagi kah aku bertaubat?Cukup ke amalan aku ketika itu?Adakah sudah sempurna diri aku untuk menghadapinya nanti?Ya Allah,ampunkanlah dosa2 hamba mu ini.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*speechless.

Dewasa ini,kedai makan ada dimana2 sahaja kan?Tinggal cari sahaja yang mana yang berkenan,ada duit,order lah apa kau nak makan then siap makan tinggal je tak perlu basuh2 pinggan apa semua macam dekat rumah.Tapi persoalannya disini,adakah semua kedai makan itu bersih dan halal?
Entry yang sebelum ni,sengaja aku bercerita mengenai aku suka makan di mapley.Tapi dalam mencari mapley ataupun mana2 restoranlah,macamana kita nak pastikan restoran itu adalah bersih dan benar2 halal??kenapa aku cakap halal?Sebab kalau kita waspada,sebenarnya ada sahaja mapley yang dimiliki oleh hindu yang menyamar sebagai muslim.
Kita (baca : kepada yang beragama islam) haruslah berwaspada dengan hal ini.setakat memakai kopiah,itu tak bermakna mereka ni benar2 india muslim.Ada yang menyamar sebenarnya.Jadi,tips dari aku macamana nak detect mereka ni muslim atau tidak ialah ; 
Tanya ada masakan berasaskan daging lembu tak?
Tapi janganlah korang lurus bendul sangat tanya macam tu..pusing2lah sikit..tanya ada kari daging tak ke?nasi goreng daging ke..So kalau mereka ini adalah fake punya mamak,mereka akan kata takde..Yelah,takkan depa nak masak tuhan mereka kan?hhaaha…Trapped!
(sedapnya rendang daging)
Okey,itu untuk trap mapley tu halal atau tak..satu point je yang aku bagi sebab tu je yang aku tahu.okey next,macamana pula nak detect restoran yang bersih atau tidak.Sekarang sangatlah susah nak mencari restoran yang bersih.Yang kotornya bersepah2..so here we go tips dari Sendra;
Cek tandas didalam restoran mereka.
Oi,kenapa tandas eh?kenapa kita mesti cek tandas pulak?kita datang nak makan bukan nak lepaskan hajat..Okey,the reason aku cakap toilet ialah,kalaulah toilet mereka pun mereka tak jaga,apatah lagi masakan mereka?tak mustahilkan makanan mereka pun kotor.Kalau toilet pun bersih dan terjaga,haa,means bersihlah restoran itu.
Order air kosong.
Kenapa aku cakap order air kosong?sebab dari situ kita boleh detect 2 perkara dari restoran tersebut iaitu:
  1. Pantas atau tidak servis layanan dari restoran itu?kalau order air paling mudah pun lembab,belum lagi korang order laicikang segala nanti kan?
  2. Kebersihan cawan (baca : dalam erti kata lain pinggan mangkuk mereka) dapat kita perhatikan.Air kosong tu kan warnanya jernih.dari situ kita boleh detect tahap kebersihan cawan itu..kalau ada coklat2 ke apa,baik beredar segera.
Memang susah nak cari kedai makan yang bersih sekarang.Tapi tak salah kan kita mencari?Kita ada hak sebagai pengguna.Owh,nak bagi tips tambahan.Macamana nak detect masakan kedai tu sedap atau pun tidak??Cek meja2 customer lain..kalau kebanyakan orang yang makan kat situ tak habis,maknanya tak sedap lah kedai makan tu.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Ingat,customers always right tw!!
*Err,boleh pakai ke tips aku ni??haha..kalau boleh tahniahlah.
*hari ini je aku dah ter mengidam macam2 makanan,semua gara2 blogwalking orang cerita pasal makanan..haihh.
Restoran mamak atau sinonimnya yang biasa aku gunakan iaitu mapley.Ada apa dengan mapley yang membuatkan aku rasa makan di mapley jauh lebih berbaloi berbanding kalau makan di restoran2 biasa yang lain??Apakah kelebihan mapley pada pandangan aku?
Pantas dan efisien.
Kalau kita perhatikan,kalau pergi ke mapley2 mana pun lah kan,aku jarang nampak pulak mereka mengambil order sambil mencatat order kita.yang mereka buat cuma geleng2 kepala sahaja..Tapi time pesanan sampai,ehh?betul pula semua order tu..takde yang salah pun.
Aku rasa kalau kita boleh praktikkan cara mapley2 ni berfikir,mesti kita boleh jadi pelajar cemerlang..sebab boleh mengingat apa yang pensyarah ajar tanpa menyalin sebarang nota..cuma perlu geleng2 kepala saja..Lagi kalau korang perasan,kebiasaannya,mapley dimana2 sahajalah di Malaysia ni,mereka mengamalkan sistem RP.
Sistem RP.
Apa itu sistem RP?RP merujuk kepada sistem ramai pekerja.(aku baru reka term tu)..sistem RP ni kebanyakan restoran2 orang melayu tak buat pun.Semua atas dasar sifat kebanyakan mereka yang tangkai jering.(baca : kedekut).Apabila sesebuah restoran mengamalkan sistem RP,semua urusan akan menjadi lebih teratur dan efisien.
Sebab tu kalau kita datang mapley,sekejap je order,tak sampai beberapa minit,semua order kita sampai.Takdelah kadang2 ada sesetengah restoran ni,tahan dia buat pelanggan macam orang dungu menuggu mereka melayan kita.Satu lagi hal mengenai mapley ialah,mereka bijak menkreatifkan masakan mereka.
Kreatif.
Kalau korang perasan,sebenrnya mamak ni kreatif.Walaupun ada satu mapley tu aku jumpa,mereka cuma membuat kelainan dengan setiap masakan mereka dipacakkan dengan hirisan timun secara menegak.Macam simple,tapi kelainan itulah yang menarik pelanggan.Tambahan kalau masakan mereka itu sedap.
Contoh kekreatifan mapley.simple tapi menarik lah tu..credit pic to http://wp.peachjon.com)
Kalau wallet gemuk,sesekali boleh makan ayam tandoori mereka)
Mengekalan keaslian.
Pernah tak pergi mana mapley lepas tu ada jual mee wantan ke,nasi goreng cina ke??ada ke?cubalah kau pergi order kat mapley,takde punya.satu lagi perkara yang aku suka tentan mapley ialah mereka mengekalkan originality mereka.
Aku kagum dengan sebuah restaurant di selangor,yang mengamalkan sistem MADP.sistem MADP ialah sistem Makan Atas Daun Pisang.(term ni pun aku baru reka juga)kau tak rasa unik ke?kat rumah kau nak buat ke kerja pelik tu?kat mapley je boleh der..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Orang selalu mengaitkan restoran mamak dengan kotor.penyelesaian : janganlah pilih mapley yang kotor..pilihlah mapley yang mendapat gred kebersihan yang baik.
*Dua mapley terbaik aku pernah pergi di Malaysia ialah :
  1. Restoran Nashmir  di Ipoh.Nilah mapley terbesar aku jumpa..mapley ni siap macama ada garden park ke apa entah,siap ada swimming pool untuk kanak2,ada banyak gazebo2..dah macam tempat orang dating.siap dengan landscapenya semua.
  2. Restoran Kapitan di Pulau Pinang..Kata orang nasi kandar terbaik kat sini lah..teringat masa makan nasi kandar,ada dihidangkan macam pembuka selera,dalam jug diletakkan air macam air kosong campur perencah maggie kari..boleh bayangkan tak?bergetah rahang minum air tu.

*apa pendapat korang?

 Mapley dan pinggan besi memang tak dapat dipisahkan.

*owh satu lagi aku suka tentang mapley,sekarang mana2 mapley ada saja servis WiFi..Thumbs up mapleyss!

Pernah tak korang duduk2 sorang2,lepastu bila otak dah mula kosong dah tak tahu nak buat apa,lepas tu banyak kenangan2 lama tiba2 menjelma di benak ingatan kita.Kalau cerita yang datang tu boleh diulang takpe,ni semuanya benda yang dah lepas.

Okey,cerita kenangan ni terbahagi kepada 2 iaitu cerita best dengan cerita tak best.Antara dua2 kenangan ni,dua2 aku tak suka sebab:
Kenangan Pahit:
Bila kau teringat kenangan sedih,kau akan terasa kau bersyukur dah lepas dari zon masa itu,tapi benda ni akan jadi tak best bila kau terasa macam,banyak benda yang kau rasa nak betulkan masa itu tapi tak boleh sebab benda tu dah lepas.Masa tu terasa betapa bodohnya diri ini.

Kenangan Manis:
Bila kau teringat kenangn manis,memang kau akan tersenyum sorang2..tapi aku tak suka juga bila teringat kenangan manis,sebab aku tahu ia tak akan berulang lagi.Kenangan manis memang boleh buat kita tersenyum,dalam masa yang sama ia melukakan,kerana ia hanyalah kenangan.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Aku ada second Blog,blog suka2 je..harap sudilah bertandang ye ke blog itu.. http://kuehtart.tumblr.com
*Kalau nak mudah,dekat atas shoutbox ada button Tumblr itu,just klik disitu.

*Hari ini,21 May merupakan tahun ke 30 usia game klasik Pacman..masa kecik2 dulu,seronok main game ni kat pc..dulu paling canggih ada window 98..still game2 dia macam pacman lah..

(ni game packman di dunia realiti kononnya)
Apa yang membuatkan aku teruja pada google hari ini ialah,pada startpage dia,tak sangka mereka menukarkan logo google dengan interface pacman..aku ingat sekadar gambar gitu je..sekali ada bunyi2..rupa2nya boleh main game tu..sumpah aku teruja..
(siap boleh main,dan siap ada bunyi lagi)
Dia kena tunggu beberapa second,then bolehlah main game tu bila monster2 tu semua mula bergerak..sumpah aku teruja sebab macam kembali ke zaman silam..hurm..kata kenangan tak boleh dikembalikan..tapi sekarang terkenang macam masa kecik2 main game ni,dan sekarang aku tak henti2 main game kanak2 ni..

 Google terbaik lah!!Ada insert coin lagi.