Latest Entries »

Saja-saja bongkar album lama yang ada dekat rumah ini,tiba-tiba terjumpa satu gambar.Gambar yang sangat nostalgia dan berharga aku kira untuk keluarga aku.Dan aku terjumpa gambar atuk dan nenek aku masa diorang baru-baru berkahwin dulu.
Gambar ni memang sangat lama rasanya.Itu kalau tengok betul-betul atuk aku pakai sokok tinggi,yes,memang Johor sejati lah dan kalau tengok muka nenek aku,wow boleh tahan juga rasanya cantik muka.Tengok orang dulu-dulu,bergambar sopan je.keh3.
Lepas tu kalau tengok dekat belakang gambar tu,ada satu macam ungkapan ke apa eh?Dia macam satu perjanjian atau mungkin harapan yang diletakkan pada hubungan mereka berdua.Dan ayat tu sangat ayat melayu lama,ringkas tapi membawa makna yang mendalam rasanya.Ayat apa?
Kaseh dan sayang
Saban2 masa. 11.6.49

Ceh aku baca tu tiba-tiba macam termasuk cerita zaman 60an juga,lepastu terngiang2 gurindam jiwa,lepas tu semangat cari kat youtube.Meh kita layan sama-sama,macam seolah-olah balik ke zaman dulu,bagi ambil mood sikit eh.
Lepas tu aku terbayang macamana agaknya mereka boleh bersama,macamana agaknya mereka bercinta dulu..ada ke main balas-balas surat,ketuk-ketuk botol nak ajak dating segala..keh3.Apa-apa pun,tanpa pertemuan mereka takkan ada blog kueh tart ni..(kalau aku tak lahir macamana nak ada dong?)
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Alfatihah kat arwah atuk dan nenek.Masa kecik aku sangat manja dengan nenek aku ni.Adik beradik mak aku ada 9 orang,semua cucu-cucu nenek akan berebut nak nenek kesayangan mereka ini.hak3.
*Agak2 korang tahu macamana agaknya atuk dan nenek kita bercinta dulu?tak payah mesej2,tak payah webcam2,tak payah facebook segala..cehh.
Setiap individu mempunyai versi perspektif sendiri.Itu memang tidak dapat nak disangkalkan lagi.Lain padang lain belalang,lain orang lain pandangan.Wacana ini,individu yang mempunyai blog masing2 tak ubah macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Itu memang tidak dinafikan dan tidak salah pun.Setiap modal insan berhak meluahkan apa yang mereka rasa,berkongsi apa yang mereka tahu,dan bercerita apa yang mereka alami.Terpulang pada masing2 nak menulis tentang apa pun.Tiada siapa akan marah (melainkan kau menyentuh sensitiviti orang lain lah).

Genre bagi penulisan blog sangat luas.Kau nak cerita pasal personal kau ke,kau nak cerita pasal masakan ke,pasal agama ke,automatif segala semua orang suka.Paling jelas nyata yang dapat market tinggi bila kau cerita pasal tips blogging atau trafik atau nuffnang segala.
Kadang2 yang bagi tips tu pun bukan betul sangat.Follower dengan visitor pun tak tahu beza,tapi ikut suka kau lah kau nak kongsi ilmu kau kan?takde siapa nak marah.Macam kalau yang cerita personal terlampau personal sangat macam sengaja bagi orang stalk diary dia ke apa,buatlah,takde siapa nak marah rasanya.

Benda bila jadi sangat2 aku menyampah bila kau mula fikir blog kau ,kau punya suka tu..Aku memang sangat menyampah dengan blogger macam tu.Dari situ dah nampak bibit kau punya sombong dengan semua orang rasa hebat apa semua tu.Ia sangat annoying okey.

Itu namanya SOMBONG.
Itu termasuk dalam jenis2 orang yang tak boleh langsung nak terima nasihat orang kadang2.Blogger jenis macam tu,baik dihindar jauh2.Sebab orang macam ini tidak akan malu untuk menjual  nama sesiapa dengan harga yang sangat hina.Percayalah.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Hidup ini sementara sahaja,tidak rugi kita merendah diri sesama kita.Sedarlah,siapa sahajalah kita di dunia ini.Tidak perlu menyombong diri.
*Menjadi penulis blog tiada apa yang boleh dibanggakan.Jangan perasan bila sudah memiliki blog dah rasa diri tu cendikiawan ahli fikir ke apa sudah.
*Ayat sinonim “blog aku,aku punya suka” ialah “ada aku kisah?”..sangat berlagak ayat itu.
*Rujuk semula entry lama kita,dimanakah tahap kita?
*blogging untuk mencari kawan,bukan musuh.
*tidak setuju?sila bagi sebab kenapa.

*updated 22 June 2010*

Baru2 ni melz dari melromeo.com ada buat entry yang bertajuk Pesanan & Teguran Blogger kepada Blogger! Guess what,aku bersertuju dengan semua point yang dia sampaikan.Entry tu rasanya boleh jadi jawapan kepada persoalan yang aku kemukakan di entry ini.Check it out!.

Baru2 ni juga aku mendapat pendedahan entry dari blogzoro.com…dia membincangkan apa yang dia pelajari dari kisah seorang wartawan yang menyakiti hati ramai pihak melalui penulisannya..aku harap kita semua boleh sedar apa yang kita lakukan setiap kali membuat entry. baca entry Meruntuhkan keegoan.

Sekarang bersepah2 kan aku rasa peminat budak Justin Bieber ni yang namanya naik tak ubah macam Mawi naik dulu tiba-tiba femes meletup2..(tapi sekarang dah diam pula?)..Okey fokus pada tajuk dan gambar..memang benar,pengganti Justin Bieber sudah ditemui!
Tadaa..terkejut ke?haa,itulah wajah bakal pengganti Justin Bieber..ehh,korang jangan pandang pada rupa ke apa..pandang pada bakat mereka yang hampir sama..bakat apa??bakat menyanyi??ye ke??okey cuba tengok video di bawah ini.
Sama kan?kan?Apa pula tak samanya?sama lah..dua2 ni kalau nyanyi dua2 aku nak baling botol rasanya kat dorang..sebab apa??hhaha..fikirlah sendiri.Rasa macam nak shoot je dua2 ni.keh3.(tapi yang sebelah kiri tu paling mengundang lah)..nak jotos laju2 kepala kau tu.Meremang bulu roma aku..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*entry santai saja dong di hari Ahad..apa mahu tension-tension kan?
*peminat Justin Bieber jangan marah ehh..haha..peace!
*Selamat Hari Bapa untuk En. Kamaradin.(ayah gue lah)..u’re the best!

Sebelum aku berceloteh panjang ni,apakah itu perut maju ke depan (PMKD)??PMKD ialah suatu masalah dimana siapa yang mengalaminya akan mempunyai simptom perutnya akan jauh maju ke depan dari bahagian badan yang lain,atau dalam erti kata lain perut buncit lahh.
Perut maju ke depan.
Perkara orang mengalami masalah PMKD di masa usia tua standard lah kan?tapi kalau tengok kawan2 muda2 dah PMKD,sayang seyh,hilang stylo diri tu.Jadi,sebab aku rasa kali ini nak kongsi sikit apa yang aku dapat lepas buat research sikitlah cara mengatasi masalah PMKD ni.Ok here we go~
Pemakanan.
1) Minum banyak air.
Ada orang berpendapat,minum banyak air lah puncanya.Tapi sebenarnya fakta itu adalah SALAH sama sekali melainkan air yang kau minum tu ialah arak.Sebenarnya,semakin banyak kita minum air lebih elok rupanya sebab ia dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh.
 (air masak adalah 0 kalori dan manusia memerlukan 8 gelas air sehari.Itu fakta okey!)
2)Waktu makan sila steady je.
Dalam erti kata lain makan slow2 lah.Nabi pun ada ajar kalau makan kunyah biar sampai 40 kali.Benda ni memang ada baiknya.Aku sendiri amalkan,makan jadi tenang je tw.keburukannya ialah kalau makan luar dengan kawan2 semua orang dah habis makan aku sorang baru makan setengah pinggan.Lepastu semua buat muka bosan tunggu aku.
“Biar lambat asalkan tidak PMKD.”
3)Makan banyak buah-buahan dong!
Benda ni kalau duduk dengan parents selalulah dapat,kalau duduk rumah sewa@hostel?heshh..tapi itulah fakta,makan banyak buah boleh mengelakkn masalah ini.Macam kalau tengah malam terjaga,lepas tu perut lapar,haa,better makan buah dari kau pergi mapley order roti canai.
Cuba cari gambar kelapa buat santan tu..pagi2 makan santan pun boleh dong.
Penjagaan fizikal.
1)Berkawat lah setiap masa.
Jangan kau lurus sangat ikut apa aku cakap suruh kawat.Tadi aku buat research ada satu forum tu,orang tu cakap tentang posture berdiri time kawat.yang shoulders back, chins up and stomach in!!haa..posture tu sebenarnya kalau diamalkan selalu dapat membantu mengelakkan PMKD dan juga bongkok.
Takde seorang pun yang PMKD.
2)Lakukan banyak senaman.
Benda ni tak payah cakap pun takpe sebenarnya..patut ni letak atas sekali..tapi macam common sangat..tapi itulah fakta,.nak elak PMKD,rajin2lah exercise.at least lepas makan berjalanlah sikit.Kalau blogwalking boleh tahan,kalau nampak jarak dah berapa kilometer entah kau BW,ni untuk badan,kenalah jaga juga dong!
Tabiat (bukan buang tebiat)
Okey yang ini simple.Jangan tidur selepas makan,lepas 1 ke 2 jam baru boleh,jangan mandi selepas makan (yang ini tidak diketahui auta ataupun fakta?),paling penting,jangan suka ejek orang punya perut boncit, nanti balik kat diri kau sendiri.padan muka.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*pheww,nasib baik aku tidak PMKD.sebab tu selamba boleh kongsi tips.
*entry ini tidak ditujukan khas kepada sesiapa.harap jangan terasa.
Aku tahu kalau orang baca tajuk entry tu tanpa aku letak bantuan gambar di bawah,korang akan tertanya2 kan siapa je lah nama budak cina yang aku nak ceritakan ni..Tengok gambar tu,mesti korang ingat kan cerita kungfu2 yang ada dua budak kecik yang sorang power gila pastu sorang sidekick yang gemuk tu?Yang gemuk tu lah Kok Siu Man!
Spek itu cool okey!.
Aku masih ingat lagi kecik2 dulu,kalau cakap pasal cerita cina,aku suka cerita mesti nak ada yang kungfu2,mesti nak ada hantu yang lompat2 lepas tu tampal kertas kuning jadi keras tu,tak pun ada cina gemuk ni baru aku kata best!Kalau ada kat tv iklan cerita ni,memang tak nak miss lahh.
Kalau korang ingat lagi,banyak cerita budak gemuk ni berlakon mesti ada dengan partner dia yang kira power  punya tak macam dia gemuk pemalas.Haa,yang kurus power tu nama dia Sik Siu Lung rupanya.Gabungan dua budak ni memang mantaplah kiranya zaman cerita kungfu budak kecik ni dulu.
Aku selalu gelak besar kalau tengok Kok Siu Man dalam cerita Shaolin Popey tu..Ada saja babak2 selekeh dia,kencing lah,kentutlah apa semua..hati kering je..lepas tu kalau kena denda,mesti nak kena sebat bontot..selamba je dorang tayang botot. Nak download cerita Shaolin Popey?ni linknya.
Shaolin Popey 1.   Part1, Part2.
(Password : fuiyo.org)
 Shaolin Popey 2.   Part1, Part2.
(Password : fuiyo.org)
Yang ini tiada subtitle.Download subtitle disini.
Lepas aku teringat cerita ni aku terfikir,macamanalah budak dua orang tu sekarang??mesti dah besar dah lain apa semua muka dorang,dah ada anak ke apa semua ,Kok Siu Man dah kurus ke,sekali bila aku google2,sangkaan meleset.
Cehh,beza cuma dah ada rambut je,dah tinggi sikit lepas tu pakai spek..muka badan apa semua lebih kurang je lagi.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*gambar itu diorang kata diambil pada December 19, 2008 di Taipei..
*Kalau masa kecik diorang berlakon selekeh2 tayang bontot apa semua okey fine,comel..tapi kalau dah besar camtu buat perangai yang sama..memang nak kena.
*credit to fuiyo.org
“Menulis bila mahu,diam bila perlu”..sekarang dalam prinsip menulis blog,aku pegang benda ni je lah.Tak perlu rasanya nak paksa diri menulis cerita baru kalau tidak mahu,dan tak semua perkara kita perlu heboh pada semua,hanya bila perlu.
Tambahan pula sekarang mood blogging agak kelaut,so kali ini nak buat entry santai je lah.Jadi kalau buat entry sekali bundle je boleh tak?Dalam satu entry letak banyak2 tajuk?Tak lah banyak mana cuma ia lebih dari satu dan tak perlu ulasan panjang.Here we go.
Windows 8 bakal dilancarkan 2012?
Macam laju betul rasanya teknologi ni..sekejap je dah berubah meningkat kepada lebih baik.Yang Windows 7 pun tak habis explore dah nak keluar Windows 8 yang baru.Adakah kita yang lembab mengexplore ataupun mereka yang terlalu laju untuk Touch the feature?

 Sedikit gambaran Windows 8 concept. 

Game online percuma.

Game yang aku maksudkan disini,jangan lah korang bayangkan macam game power2 ke apa..takde kena mengena kalau standard korang main game stok canggih2 punya game..game ni jenis relax2 kan otak,sempoi2 je tapi kadang2 bagi sakit jiwa juga..for fun je lahh..Boleh pilih je apa2 game korang nak main.just click and play.

Link download movie terbaik.

Aku cakap terbaik tu korang jangan percaya sangat..just ada uploader ni dia upload banyak sangat ceritalahh..kira nak dekat beratus2 cerita hollywood.Ia tak lah cerita lama sangat,tapi tak lah baru sangat juga.Yang penting gambar dia HD dan cantik.Paling penting ianya free dan di upload di Mediafire.(senang nak download banyak2 serentak)

Kalau ada minta password : kosovadc.
ini linknya.klik.
Anime terbaik : One Piece!
Aku takde layan sebarang cerita anime atau manga selain One Piece satu ni je,sebab tu aku cakap ia yang terbaik.(okey fine,second terbaik pada aku Bleach).Kepada yang mungkin sama jenis macam aku kepala otak sekarang penuh dengan cerita One Piece,ni link untuk download anime yang up to date selalu.
Anime (update setiap hari Ahad) http://www.watch-onepiece.com/
Manga (update setiap hari Khamis) http://mangastream.com/
One Piece wikia (untuk sebarang rujukan mengenai One Piece) http://onepiece.wikia.com/wiki/Main_Page
World Cup.
Semalam dah bermulanya demam bola sedunia rasanya,walaupun aku kurang ambil port pasal bola,tapi setiap orang mesti ada pasukan yang disokong kan?Kalau club aku sokong FC Barcelona ,tapi untuk world cup aku memberi sokongan penuh kepada pasukan Spain.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Semakin lama makin malas nak update blog.haishh..
*Kalau korang baca senarai kat atas tu,korang boleh agak kan apa yang aku buat sepanjang cuti ni dalam proses menggemukkan badan?
Acapkali kita terbaca di dada akhbar negara ini,heboh bercerita tentang rakyat Malaysia ni kaya dengan budi pekerti,kerajaan giat mempromosikan budaya rakyat dinegara ini sangat berbudi bahasa.Persoalannya,jika kita mempersoalkan,Adakah semua rakyat Malaysia Peramah dan berbudi pekerti tinggi?Jawapannya sudah pasti TIDAK.
Aku tertarik dengan satu soalan survey didalam website Youthsays yang bertanyakan hal ini.Bukan aku nak protes pasal rakyat Malaysia ni berbudi pekerti atau tidak,cuma dalam soalan tu jelas dia tanya,adakah SEMUA Rakyat Malaysia,aku rasa memang terang lagi bersuluh,ramai menjawab TIDAK.

Amnya memang ramai bersetuju dengan hal ini.Tentang iklan2 kononnya rakyat Malaysia ni berbudi pekerti tinggi,peramah apa semua tu kalau nak tunjuk kat pelancong asing bolehlah,tapi selaku rakyat negara ni sendiri kalau tengok iklan2 itu,aku sendiri rasa macam malu.
Sebab apa?Banyak perkara yang berlaku disekeliling kita,pergi mana pun ada je jumpa segelintir orang yang sumpah macam takde tahu budi pekerti ke apa entah.Pergi makan jumpa orang macam tu,nak naik LRT pun jumpa org macam tu.etc.
cehh..
Natijahnya,aku rasa negara ini tidak perlu nak selalu heboh2 pada orang luar kononnya kita ni sebuah negara yang sangat kaya dengan rakyat yang berbudi bahasa,berbudi pekerti apa semua,walhal rakyat sendiri nampak kekhilafan yang tak boleh disangkalkan lagi ini.
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Rasa nak je cerita semua contoh yang pernah aku alami,yang sangat membuktikan rakyat Malaysia ni memang tak semua bebudi pekerti sebenarnya.
*Geram.
Wacana ini,isu sosial didalam kalangan modal insan memang tidak perlu diperbincangkan lagi.Bertemu dan berpisah memang menjadi adat dan sebahagian didalam hidup setiap individu.Apa yang aku nak persoalkan disini ialah tentang hal melupakan dan dilupakan.
Sebelum kita start,cuba korang semua ambil handphone masing2.Cuba pergi ke phonebook dan scroll lah dari awal hingga habis (kalau rajin).cuba tengok,dalam semua2 nama tu,berapa kerat sahaja yang korang masih berhubung?(baca : tahniah kalau jawapan kau semua kau contact lagi)
Tapi dalam isu ni,aku nak cakap yang kau sendiri dah lupakan,maksud aku kau sendiri macam bila tengok dekat nama tu,tiba2 otak kau pending sekejap,macam kau terfikir,”ehh,siapa pulak minah ni?yang mana satu eh??”Ada tak kau terfikir macam tu?Honestly,aku ada..
Dan benda jadi lawak bila aku dah dapat tangkap siapakah empunya nama2 itu,aku baru teringat kitorang pernah rapat sangat2 dulu..Then aku terfikir,adakah dipihak yang satu lagi,kau juga sudah terlupakan aku as aku dah terlupa korang sebentar tadi?

Cehh..BFF lah sangat..
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Adakah ini berunca dari otak yang terlalu kerap makan maggie kari menjadikannya tua dan cepat lupa?
*Suka dan sangat menghayati entry dari Cik Lolly yang ini!
*Paling penting,setuju tak aku kata perkara ni,NORMAL lahh..?
*Mana janji2 keep in touch kita weyh??hahah
*Tiba2 nak tersama macam cerita Toy Story 3 pulak,permainan yang dilupakan..ha3,tak excited pulak aku nak tengok cerita ni..

17 june okeyh!
Selamat hari Ahad semua.Orang kata hari Ahad ialah hari minggu,hari santai.jadi jom santaikan otak mengimbas semula kenangan cerita kartun Jepun lama ni,Tomatoman.Orang yang lahir tahun 1980 an mesti tahu cerita ini,siapa yang tak tahu macam rugi lahh..cerita ni sangat best tw!
Aku dah cuba google,buka youtube segala memang takde langsung pun nak dapat tengok episod2 cerita ni dulu.kalau ada serius aku nak download.Nak bagi anak cucu tengok nanti..Takpe,setakat ni yang dapat ditemui cuma dia punya lagu ending je.takpe,semangat aku keluarkan sendiri dia punya lirik (bedal je)
Bagi feel sikit.Okey jom karaoke bersama lagu ni.siapa dapat nyanyi dengan qalqolah ,pitching yang baik semua aku belanja maruku ikan.

 (loading youtube lambat?baca Tips : melajukan loading Youtube.)

tomato tomano tomato matok,
tomato tomano tomato matok
tomato ke mizaru
tomato ke miza’u
tomatoman..
 tomato yate i ka kuda monnoka
tomato juzsubanominonate
tomato keca abut tak kiru monno
karu ka karu kade kasbishita’e
sora sora kotaewot
tasyiakkayi
 kokenoto tomatoman!!
 tomato tomado yu tomato mato
tomato tomado yu tomato mato
tomato ki itta’u tomato ki itta’u
tomatoman !!!

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*Blog kueh tart bukan blog dewasa dan boleh shift jadi blog apa sahaja.
*Seganlahh Intan Nurul Fateha sama Kak Ina KL cakap aku DEWASA..(nasib baik tak tua),so here we go,kali ini entry kanak2 sikit lah ehh..hehe
*Seriusly aku rasa santai dengan entry macam ni..pheww..
*Sekali lagi,thanks untuk sis Fateha sudi buat suprise tribute tentang kuehtart di entry ini. Terharueww..
*Owh jangan tak tahu,dalam banyak2 jenis tart,Tomato Tart pun ada tw~

Tak percaya??baca ini
Mesti macam ada yang tertanya-tertanya apa itu pied piper ni kan?Apa pula Kueh Tart nak cerita pasal pied piper ni?Okey siapa yang dah tengok cerita Shrek Forever After?Dalam banyak2 watak dalam tu,aku tertarik tang Pied Piper lahh..Tapi pernah tak dengar cerita sebenar tentang Pied Piper tu?
Tapi dalam Cerita Shrek ini dia punya Pied Piper canggih,boleh tukar2 mood nak control apa pun termasuk ogre!!Sangat kreatif okey penulis nya Mike Mitchell.
Cerita Shrek ni memang selalu banyak dia masukkan watak cerita dongeng kan?Aku tengok cerita ni dah lama,tapi hari ini baru terfikir tentang Pied Piper,satu cerita dongeng yang aku suka dari kecik dulu.Cerita Pied Piper ni berlaku di Hamelin,German.
Cerita mengenai Pied Piper pada abad ke 13 yang berlaku di bandar Hamelin ni macam cerita betul pula pada aku.Dah tak macam cerita dongeng kot?Masih ada ke yang tertanya2 apa itu Pied Piper?Pied Piper ni dalam cerita dongeng tu yang ada seruling sakti tu lahh..
Pada zaman dahulu di bandar Hamelin,penduduk disitu mendapat ancaman tikus yang sangat banyak.Mereka dah cuba ikhtiar macam-macam pun tetap tak berjaya.Sehinggalah datang seorang pemuda yang menyatakan hasratnya utuk membantu menyelesaikan masalah penduduk di situ.
Dengan syarat yang diberikan dengan setiap penduduk membayarnya dua keping wang emas untuk pertolongannya,dia pun mula meniup serulingnya lalu menghasilkan bunyi yang sangat merdu sehingga semua tikus2 tu macam terikut2 kemana pemuda tu pergi.
Sampailah kesungai,pemuda itu naik ke perahu dan tikus2 itu terus mengikutinya,akhirnya tikus itu semua mati kelemasan.Setelah penduduk Hamelin mungkir janji dengan tidak membayar seperti yang diminta,pemuda itu menjadi marah,lalu dia meniup lagi serulingnya.
Kali ini bunyi merdu dari serulingnya itu menarik pula anak-anak penduduk bandar Hamelin itu.Kesemua penduduk itu menjadi sangat takut lalu meminta maaf kerana memungkiri janji namun tidak diendahkan lagi oleh Pied Piper itu umpama nasi sudah menjadi bubur.
Akhirnya Pied Piper itu membawa semua kanak2 itu ke sebuah gua lalu mereka mengikutnya masuk kedalam gua itu.Apabila penduduk itu semua sampai ketempat itu gua itu sudah tiada.Gua itu lenyap dari pandangan mereka.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelin tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Dari cerita ini,sedarlah semua pembaca,menepati janji adalah sangat penting.Orang yang mungkir janji termasuk dalam kalangan musyrik.
*Menjadi pemimpin yang tidak menepati janji pada rakyat sangatlah hina.
Bermenifesto janji pelbagai,
dah jadi pemimpin banyak janji tak ditunai.

*Harap mesej yang aku nak sampaikan disini korang faham.Aku tuju pada siapa?Lu fikir sendiri.
*Maaf,aku memang suka cerita dongeng..tak dapat resist nak jadikannya sebagai contoh.
*Harap enjoy!