Sekarang,aku terfikir,semua orang sekarang boleh jadi blogger kan?Budak kecik pun boleh,asal tw guna internet, tw menaip, pandai bukak akaun apa2 blog based sosial community ,kau dah boleh jadi blogger.Tapi aku terfikir,bila seseorang tu ber blogging,apa yang dia nak sebenarnya eh?apa yang ada kat dalam kepala dia nak tulis2 blog apa semua ni?
Jadi,konon2,nak selesaikan masalah pening2 kepala aku ni,aku pun bukaklah wikipedia..aku taip je lah “blogger”..tup2..keluar lah info pasal blogger..masa tu baru aku tw,blog ni ada 3 kategori rupa2nya iaitu:
- Blog personal.Blog jenis ni memang topik2nya lebih kepada personal penulis tu sendiri lah..takde kena mengena dengan kerja ke apa2 ke..
- Blog profesional.blog ni cerita pasal profesion dan industri topik2nya,tapi takdelah official sangat utk suatu company.
- Blog koperat.blog ni memang official utk suatu kompani punya hal je.
Jadi jelas kat sini,ramai kawan ku semua yang ada blog,kita memang sah2 lah kan tergolong dalam blog personal..tapi kalau org yang tulis blog personal,tapi ada jadi macam advertorial produk2 tertentu,adakah dia tergolong dalam kalangan blog profesional?nampak gah pulak kan nama camtu?Tapi aku memang teringin nak ada advertorial apa2 produk pun kalau boleh.(nak juga dapat side income lebih)
Owh,cakap pasal side income lebih,selalu perasan tak kat shoutbox korang,kadang2 ada je ntah sapa2 je,datang2 ntah,tinggalkan jejak kononnya,tapi dia ada bagi link sekali.bila klik link tu,sekali rupanya bawa ke laman web ntah apa2 “dapat wang” lah apa semua tu..Aku memang panas lahh kat org2 yang camtu.dia macam gunakan blog aku nak buat dia dapat income tu..
Paling aku panas,siapa ada tipu2 tu..cakap dia dah update blog lah,pastu suruh singgahlah..aku niat punya lah baik nak baca apa cerita baru kau tulis,tapi kau kencing aku minahh..kau bagi aku link terus ke “dapat wang” kau tu whateva..aiyaaa..aku panas lah camtu..dah,pasni kalau ada je spammer2 nak duit sangat tu letak link benda tu ke shoutbox aku,memang aku jaja nama kau kat semua kawan2 blogger aku.
Mula2 dia hantar camni kat shoutbox aku..aku pun dengan rasa murah hati,kalau org dah pelawa takkan nak jual mahal kan,apa salahnya support sesama blogger..pastu,aku pun klik link yang dia bagi kat aku dengan niat yang baik.pastu,bila aku klik..
Keluarlah benda ni..apa ni?mana blog kau yang baru kau update tu?mana blog yang kau jemput aku tengok tu?mana weyh?apa ni?nak cari duit,tapi tipu2 org..haihh..kau pergi jauh2lah dari blog aku ehh..aku kurang selesalah..maaf ehh..
Apa yang jadi macam contoh kes kat atas tu,jelaslah kan ada org yang gunakan blog ni.macam betul2 untuk dia cari income.aku pun berhasrat nak jadikan blog aku ni betul2 side income aku.Aku betul2 nak weyh..Aku nak dapat advertorial ke apa semua..ada tips tak?wahai blogger2 diluar sana??sendra bertanya ni..
Ada juga jenis blogger yang sangat mengejar populariti ke apa ntah..tulis entry apa2 je,tapi rajin hebah ke blog sana sini,blog walking katanya,tapi tinggalkan jejak suruh org follow dia.Aku kadang2 jeles juga tengok blog org,entry dia kadang2 aku rasa “apa je lah yang kau nak sampaikan sebenarnya ni?”..”merepeknya entry pasal personal life kau”..” tapi tengok follower,mak aih..nak dekat seribu juga..dengan perasaan ingin tahu,aku blogwalking balik blog follower2 baru kau..
Sekali nampak daa kau punya msg kat situ,lebih kurang maknanya “i follow u,follow me back”..hurmm..patutlah follower nak dekat seribu,tapi komen kau apesal macam tak pernah lepas 10?aiyaa..tu pun dah campur kau punya comment mesra readers kononnya.hey..come on ahh,aku terasa macam kau rugi tw kalau buat macam tu..sebab apa?
Sebab kau takkan tahu tahap penulisan kau berada kat tahap mana..Aku tak cakap penulisan aku ni bagus ke apa.Aku sedar selalu entry aku emosional juga tak tentu pasal,pastu kadang2 merepek sorang2 takde org nak layan.tapi,sekurang2nya,aku boleh bangga org follow blog aku sebab dorang memang nak follow..Itu akan buat aku lebih hargai dorang,then dari situlah dapat kawan blogger baru..Aku sangat hargai mereka.
Owh,aku juga sangat berterima kasih kepada mereka2 yang sudi klik nuffnang aku..aku kadang2 tak tw lah siapa yang klik kadang2 sebab korang ada yang tak tinggalkan jejak ke apa..tapi,apa yang aku buat utk balas jasa org secara rambang?aku akan pergi melawat ke blog org yang komen entry aku,dan sebagai tanda menghargai mereka,aku akan klik nuff mereka.Kalau sehari tu nuffnang dia tidur,aku tetap akan datang juga malamnya ke,esoknya ke,aku akan klik juga disamping komen balik entry mereka yang menarik.
Owh,aku punya rating nuffnang terkini dah naik sikit..large rectangle dengan leaderboard dua2 dah straight 5 bintang.tapi apesallah sky crapper aku masih jula juli bintang tiga ehh??ada sesiapa boleh bantu?
Aku juga ada war2kan kan,aku nak beli domain kalau follower cukup 400..insyaallah kalau dapat,aku nak terus pakai nama kuehtart lah..aku dah cop tu eh..jangan dengki..haha..harap org supportlah.aku nak beli domain ni,sebab aku nak lebih rajin ah blogging,sebab biasalah kan,kalau benda free ni,selalunya kita buat tak endah je..tapi kalau benda yang kena bayar ni,semangat sikit kan kita..hehe..
Aku juga akan minta tolong kawan aku,seorang yang tw sedikitlah pasal web design ni.insyallah,kalau aku dah beli domain,blog ni akan berwajah baru..tak nak dah suram je macam ni..owh,aku juga akan buat satu contest pertama dari kueh tart..ni pun tunggu aku dah ada domain sendiri..yang ni hadiah lumayan juga tw,aku dah save duit aku siap2..RM300 beb..haha..semangat kan aku?
Owh,berbalik pada tajuk asal entry ni,aku teringain nak tanya kepada semua,kepada yang dah baca dan mengikuti lah blog aku dari awal2 dulu,boleh tak bagitahu,aku ni blogger jenis apa eh??aku nak tw jujur dari hati korang.aku tak kisah korang nak cakap pasal personaliti aku ke,penulisan aku ke,cerita aku ke,topik aku ke,aku betul2 nak feedback org.sebab aku memang nak buat yang terbaik dalam ber blogging ni..please ehh!
Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.
*Aku minta maaf seribu kali maaf kalau ada apa2 yang aku tulis kat atas tu terkena kat sesiapa..kalau korang terasa apa yang aku cakap kat atas tu,mungkin aku memang cerita pasal korang.Aku bercakap atas pandangan aku dan pemerhatian aku.Tiada niat nak buruk2kan org ataupun nak gaduh2 ke apa tw.peace!
*Aku harap sangat entry ni banyak feedback.sebab aku betul2 nak tw aku ni jenis blogger yang macamna?apa silap aku dalam tulis blog ni apa semua,aku betul2 nak tw..tolong ehh..
slalu gak kene cmney.. hahaha..
selalu kene mcm ni ! org kurang kasih syg je buat bende alah neh . huh ! bengang kott .
err..awk ni blogger jenis yg open semua..sy tauk x da dalam soalan awk tadi..hehehehehehe..
btw,saya pon selalu dpt link mcm tu kat shoutbox..pelikla..ingatkan blog meka rupa2nya bisness lak..:)
take k..:)
hurmm.. jgnlah letak link klik2.. letaklah link blog..wuu~~
eh i nak cpt g bli domain nm kueh tart la b4 u beli.hahaha..saje hasad dgki.kih2..tade ah gurau.ok2.all da best 4 u n ur blog…bloggers sokong bloggers :DDD
aku rase ko blogger personal la beb…sbb most entry pon dtg dari hati kau…
saya berblog yang tak ada sasaran dan tujuan.. memula blog pasai diet.. jual herbalife.. lepas dan habes diet.. tatau nak update apa.. jadi la blog personal yang tak personal sebab open tuh public yang agak picisan..
anyway.. bengkek gak dengan orang yg tinggal msg dlm shoubox mcm ni : thank u vrmuch for ur kind visit bla bla.. padahal aku langsung tak penah pegi blognya.. hehe.. perasan jer lebih uols..
oh oh ni 1st time aku masuk sini panjang plak komen.. 😛
slm ziarah…slm kenal dr nabilah.. 🙂
hmm..sy pun selalu kena..jemput tuk singgh blog..rupanya myspace money…kot yer nk minta tlg…wt la dgn cara yg terhormat..bukan dgn cara menipu mcm ni.. 🙂
rasanya..biar la blog ni..jenis blog personal..bebas nk ceritakan apa saja… happy blogging…(^_^)
blog sendra mcm2 ada.. hehe
huhu opkos ler kategori blog personal…huhu
macam citer kita bleh syare kan…
aku suka singgah blog yg ada sesuatu yg blogger tu nak sampaikan..
xsuka baca blog yg 100% psl life dia
hahaha~
sendra!
give me five dude!
sebab tu setiap kali aku nak tekan link kat shoutbox aku, aku letak cursor dulu atas tu, dan tengok kat bawah windows yg akan show apa yg kita nak click tu~
kalau alamat blog, yes, aku tekan~
kalau klik dapat wang ke, catcheyes ke, ya, tahniah~ aku takkan tekan!
blog personal..
kau boleh mantapkan lagi blog kau..aku dulu entah apa ntah aku tulis,sekadar suka2..haha..tp skrg aku sedar, blog bkn sekadar suka2 tp utk berkongsi dgn org lain..
so, sekarang aku cuba utk berkongsi benda2 yg leh bg input pd org lain..
blog personal pn leh bg manfaat utk org lain..=)
go go sendra!=)
ko perli aku eyh…siot…hakhak…
xdela bro bende simple jek…ada orang blogging for money dan ada orang blogging for fun.yang penting cara tulis content.byk gak blogger follower berjuta2 tapi comment satu post 5.
Maisyara pot! pot! (haha):samalahh kita!
sayang:dorang tu kategori kurang kasih sayang ke?kalau perangai cari duit camtu siapa nak sayang babe?
monica lok:saya jawapan camni yang saya nak..owhh,saya jenis blogger yang open semua ehh?takpe kan jadi blogger yang open semua?itulahh..meka tipu kita jak..
senget:ntah,kalau letak link blog,suruh kita singgah baca cerita dia takpa..bukannya kisah pun nak singgah blog dia..tapi yang tipu2 bagi link camtu yang susah kan?
~kuyam~hahha..satu org dengki dah dikesan!!yess!kuyam ni memang dah registered dah supporter kueh tart..
shema:kau ni..aku tw lahh aku ni blog personal..takkan aku tak tw aku punya blog ni jenis apa..soalan aku shema,aku ni blogger jenis apa?owh,mungkin aku patut sediakan jawapan pilihan seperti,aku ni tulis syok sendiri ke?penulisan aku kreatif ke,cerita aku bosan ke,apa2lah yang sewaktu dengannya..nway,takpe,maybe kau tak baca habis entry kau..yang penting,thanks sgt support aku shema..kau support aku dari awal2 aku tulis blog lg kan..haha.thanks kawan.
Cik Emi:adakah saya punya blog ni pun kelihatan takde sasaran entry nya?sayta pun banyak tulis personal punya cerita je banyak juga..haa,ada juga jenis macam tu..kadang2 ada tu,main cakap je..nice blog!singgah blog saya..lebih kurang camtu ahh..aihh..nmapk sangat kot puji tak iklas..nak spam pun buatlah ayat molek sikit kan..
oh,blogger macam awak yang saya suka..komen bia bagi kaw2 punya komen,baru best!!
nabilah_2908:hai nabilah~salam kenal juga!
hurm..ntah..tapi ada juga tw yang tulis baik juga..cth dia cakap ‘mohon jasa baik tuan blog utk klik [link],saya ingin mencari pendapatan halal sampingan’..haa,klu jenis ni,macam sejuk sikit kan hati nak klik jugalah benda tu..takde pun yang tipu..
u’re a loser:chop!kenapa cakap diri tu loser ni??tak best lah nama tu..tukarlahh ehh..btw,owh..blog sendra macam2 ada ehh..hurmm..sangat saya hargai jawapan tu..klaulah awak ckp spesifik,lagilah saya hargai..terima kasih!
Hezeusuzu:tw lahh saya blog personal..memang dah sah2 of course kak,tapi saya nak tw,jenis apa saya ni..saya nak tw,apa org rasa dengan penulisan saya pasal blog personal saya ni..nak juga tw apa yang kurang,apa yang lebihnya blog ni..nak juga tw..
amirah..tu lahh..aku setuju dengan kau mira..aku pun tak suka blog 100% personal..cth yang nak cerita dari pagi dia buat apa sampai ke malam..haih..macam suruh org baca diary dia pulak..aku tak nak lah tertulis macam tu..thats why aku tanya,aku ni punya cerita camane?terlalu personal ke kadang2?
Lord Zara:setiap kali kau datang blog aku,mesti aku rasa teruja tw..
yes,give me five cikgu Zara..hahaha..haah kan,betul juga tu..kenapa lah aku tak terfikir nak tengok link yang keluar kat bawah tu bila cursor letak kat link tu kan..hurmm..bijak kau ni zara.thanks bagi aku penyelesaian agar tidak dtipu lagi.
Bean:Eyh..terasa ye bang??hahhaha..ahh kau..tipu gila kau buat camtu..lu steady je bro..nampak lu punya steady tu wa cakap lu..lu follower sikit,tapi cerita mantap je kan selalu..kau tgok ahh,pasni mesti ramai datang blog kau..sebb sekarang kau punya blog budak2 pun sudah faham apa cerita yang kau tulis.hahha
(blog bm trafik naik!)
Zihnun Fatin:ye,aku tw aku blog personal,mungkin aku silap tulis soalan..aku tw aku mmg lah blog persoanal..cuma aku nak tw gaya penulisan aku ni okey ke takk?meleret2 ke?panjang sangat ke..
tapi betul cakap kau..kalau kita nak tulis pasal personal kita,biarlah dia ada inpt utk org lain kan..jgn lah syok sendiri..bercerita seolah2 kita ni macam artis ke apa..macam bajet semua org nak tw pasal hidup kita..hahha..perasan gila..
thanks fatin support!!
blog personal yang matang. 🙂 yupp sebab setiap entri kat kuehtart nie mngajak org bukak minda && berfikir. 🙂 ohooo good job tau.
ouhh kalau nak jadi kan blog side income tuu kan. nuffnang ;aa jawabnya. && lagi stu de buat bisnes mutiara kan ? haaaa pe salah skaliskala msokkan agi collect hihihik. 😀
whoaaa nampak hebat && gah laa gitu rating nuff yellow nya penuh. 😛
lau terlalu personal ak xdakla suka skodeng blog ko.
selalu ja singgah kueh tart nie
Husna:wah..blog personal yang matang katanya..*bangga*..haha..sebenarnya,bila setiap kali nak tulis entry,sendiri yang berfikir soalan2 tu..sebab tak reti nak berfikir sendiri jawapnnya..masukkanlah dalam blog,ajak kawan2 semua fikir kan juga jawapan persoalan tu..bersyukur sangat2,kadang,ntah,persoalan tu bodoh2 je,tapi ada juga yang support..memang korang sangat best.
pasal nuffnang tu..sekarang nak kejar advertorial pulak lah dari nuffnang..pasal rating tu,takdelah gah mana..rasa ramai je yang perfect semua sekali 5 bintang tu..maybe nuffnang bagi up sikit rating tu sebab CNY ni kot..kira angpow dari nuffnang ahh..haha
mira:owh,mira sekali lagi!owh,ok..kalau lah kan,tiba2 blog aku semakin terlalu personal,harap kau dengan kwan2 lain semua tolong tegurkan ehh..
layari laman ku
http://www.unclepunyablog.com/
mmg betul kata kenkawan ko tu..usah bimbang lah ko punya entry semuanya mantap2 belaka..takkan ko dah ada pemgomen tetap..apa lagi ko nak? so terimalah soul support dari aku dan semua kenkawan dalam blog ko ni hahahah bintang nuf pun hampir penuh..aku stil direct 3 jerrr memanjang..boleh kasi tips tak sifu? heheheh
bgus entry ni:)
luahan hati btol ni…
gud3…
KAK Daisy:akhirnya datang pun KAK daisy ku seorang ni..hahah..yelah..kat blog ni jelah tempat luahan perasaan kan..hhaha..thanks terus support blog ni..
weh2..ko skrg makin emo nape??aku da jaga awek ko elok2 nih..ke dia wat hal??hehe..
opss..sori..lari tajuk..btw, aku xpenah kesah blog ko personal ke ape..yg pntg isi dan cara penulisan…
keep on gud writing..
Uncle:OMAIGOT!uncle sudah ada domain sendiri!!aku je lah ni yang ketinggalan sekarang eh?aduyai..camane ni dong..web designer aku tak siap lagi aku punya design utk blog ni..aku kena tunggu tu siap dulu,barulah gah sikit nanti bila ada domain baru,kuehtart juga berwajah baru..hurmm..takpe,aku tunggu dulu..rilek sendra,jangan gelojoh..tenang dulu..
thanks support aku uncle..kau memang best..hah,bagi soul support lagi..mantop memang kau ni!.
janganlah panggil aku sifu sebab aku sumpah tak tahu..ntah,nuffnang bagi aku ang pow kot..tu kasi aku straight 5 bintang tu..haha..aku sumpah takde rahsia tersembunyi pasal rate tu..tapi aku teta[ tamak ni..aku nak skycrapper pulak naik 5 bintang..hehe
meera:mesti lah aku emo beb..gf aku nakal sangat ni..sape2 msg dia main layan je..mestilah aku panas..pulak tu msg tipu2 pulak tu..nak duit cakap je lahh..tu yang aku marah dia ni..aku nak dia tw aku sayang dia..(ops terlebih sudah..)
aku akan cuba keep on good writing eh..thanks.
entry ko sume yg bg pengetahuan
blogger ape ek kau.? blogger jenis wikipedia ke.?? haha
Salam , warrgh ada nama aku kat chatbox tuh….tapi bukan aku yang buat tau…
aku rasa blog kau nie lebih kepada personal,isu semasa pun ada,pendedahan ekslusif, tak kisah sebenarnya boleh campur tajuk kadang2 tuh…..
apa yang paling penting, niat kena ikhlas.. insyallah kau boleh berjaya…
P/s: support kueh tart!!
kalo ko tanya aku..rasanya aku blogger personal+gadget…hahaha. Aku tak berapa kisah sangat dgn follower ni..ramai ke, kurang ke..yg penting kepuasan ber’blogging’ bukan untuk menunjuk2 yg trafik aku banyak. Ttg shoutout box tue mmg dah perkara biasa..org jadikan tempat ‘umpan’ utk mereka dgn pelbagai niat. Biar ler asal dia bahagia..tak ganggu post aku sudah..last but not least..tujuan aku ber’blog’ hanya untuk kepuasan diri..itu saja..kalo ada org follow..terima kasih
lol..
aku xdapek la…
baru je msk blog kau…
ahahaha..
xpe2..
juz background je gelap..
kekeke..
macam blog seram…
huahuahua..
tp xde hal la..ok saje ..
pehh! sekali ko pon terkene cam aku gak oo
mmg same r org y singgah cbox aku tu..
hampeh gler…aku da r jrang lepak blog ni..tp stiap hari aku akan singgah tgk ape2 prbhan..cume xsign in je.
bile ade ode org singgah cbox aku..aku pon dgn ikhlas atinya nk jenguk balik…skali myspace money cam haram tu! so stupid….menipu org….igt mase aku ni byak sgt..dari klik dak tu..baek aku kilk mmber laen
huh..sabo je r..tp skang mmg susah r aku nk caye org y dtg singgah blog aku.yg member je r aku yakin nk singgah balik..;)
penulisan kau kali ini cukup mendalam 🙂 hehe ada aku terasa bab penulisan disitu yoh
Abang Sandy,
Ruangan Blog ni is basically dlm bahasa yang senang faham is..Servis Warung Komunikasi Ilmu yang bergang-gang, lebih kurang aa..ada yang blog pasal architecture,ada cite pasal mak dia je sampailah ke lalat jenis apa yang boleh bersarang dlm badan. Yang penting..dia dengan gang-gang dia akan cite benda yang berkaitan je. Kan Abg Sandy?
Shout box yang kau guna tu,servis yang kau pilih to use dlm blog kau,
dah nama pun shout box..sape2 nak shout apa2 sekalipun sukati mereka la, mereka semua shout/promote product kat tempat yang betul,if that annoys you then dont put that shout box at all.Habis cerita.Lainlah,kalau ada orang tu buat product promotion kat setiap article yang kau post punya comment box.Tu memang dia nak khianat kau.
Apa-apa yang kita buat mesti kita mahu kan outcome right? Samalah dengan Blog ni,colourful advertisement,search engines, yang pop out or tiba2 je ada is MONEY! they pay good pile of money to this Blogger service to advertise apa2 je, apa2 berkenaan dengan ‘service’, sure want to make money maa…you go to Jln Wong Ah Jang now ask them all..they also wan make money..
Abg Sandy, you use blog as blogger orrr..do u ever pay meh?? I oso dun pay one..so, i suggest ah..if you use for free, you follow the fixed Blogger style ma..If dis cannot, dat oso cannot..u go buy your own website leh..
wow.. byk feedback..
hehe.. kasi tambah sket..